Jangan dilupa saudara yang kesusahan

  1. Selain daripada menumpukan ibadah dalam bulan Ramadan ini, jangan pula dilupakan saudara kita yang memerlukan bantuan. Rasulullah ﷺ pernah menjelaskan bahawa manusia yang paling disukai oleh Allah adalah mereka yang paling bermanfaat buat yang lain.
  2. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang menyebutkan:

أحبُّ الناسِ إلى اللهِ أنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ ، و أحبُّ الأعمالِ إلى اللهِ عزَّ وجلَّ سُرُورٌ يدْخِلُهُ على مسلمٍ ، أوْ يكْشِفُ عنهُ كُرْبَةً ، أوْ يقْضِي عنهُ دَيْنًا، أوْ تَطْرُدُ عنهُ جُوعًا

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak memberikan manfaat kepada orang lain. Dan amalan yang paling disukai oleh Allah adalah kegembiraan yang dicampakkan ke dalam hati seorang muslim atau dia menghilangkan kesusahan mereka, atau membantu melangsaikan hutang atau menghilangkan kelaparan mereka.

  1. Seterusnya Rasulullah ﷺ menjelaskan dalam hadis yang sama:

ولأنْ أَمْشِي مع أَخٍ لي في حاجَةٍ أحبُّ إِلَيَّ من أنْ اعْتَكِفَ في هذا المسجدِ ، يعني مسجدَ المدينةِ شهرًا

“Dan aku berjalan membantu seorang saudara Muslim lebih aku sukai daripada beriktikaf dalam masjid ini (iaitu masjid di Madinah) selama sebulan.” (HR al-Tabarani – dinilai Sahih oleh al-Albani)

  1. Begitulah Rasulullah ﷺ  ketika dalam bulan Ramadan, bukan sekadar menggandakan amal ibadah, malah Baginda turut meningkatkan amalan membantu manusia. Kata Saidatina Aisyah:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالخَيْرِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ

Nabi ﷺ adalah orang yang paling pemurah (dermawan) dalam segala kebaikan. Dan baginda menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan.” (HR al-Bukhari)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts