Wanita bekerjaya wajib jaga pergaulan

WANITA ISMA menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mengeluarkan surat mengenai garis panduan bagi kesalahan gangguan seksual di tempat kerja. Tindakan berat seharusnya diambil bagi mereka yang menggunakan medan kerja sebagai tempat untuk melepaskan hawa nafsu.

Hakikatnya kedua-dua wanita dan lelaki berkeperluan untuk bekerja, tambahan dalam situasi atau ‘uruf kita pada hari ini di mana peranan tradisi wanita dan lelaki telah banyak berevolusi.

Islam tidak pernah menghalang wanita daripada belajar dan keluar dari rumah untuk bermuamalah. Namun yang demikian, terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua lelaki dan wanita dalam urusan di luar rumah.

Surah An-Nur menjadi garis panduan paling ampuh bagi wanita dan lelaki. Surah yang dimulakan dengan ayat yang bermaksud.

“(Inilah) suatu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum)nya, dan Kami turunkan di dalamnya tanda-tanda (kebesaran Allah) yang jelas, agar kamu ingat.”

Betapa seriusnya permulaan surah yang kemudiannya menceritakan hukuman terhadap penzina. Surah ini menekankan penjagaan aurat bagi wanita yang sudah berkahwin serta kewajipan lelaki menundukkan pandangan.

Banyak gangguan seksual berlaku di tenpat kerja yang berpunca daripada kaum lelaki yang tidak menundukkan pandangan mereka, malah menggunakan tempat kerja sebagai tempat untuk menjalankan “survey” terhadap kaum wanita.

Pada masa yang sama, wanita yang keluar bekerja pula, terpengaruh dengan acuan Barat yang menggalakkan mereka bersolek, berhias dan berwangi-wangian di tempat kerja. Sedarlah wahai kaum wanita, tugas kita di tempat kerja merupakan amanah Allah untuk kita gunakan kelebihan yang ada pada diri kita dari segi akal yang bijak, bakat kepimpinan, kebolehan membuat keputusan dan sebagainya dan bukanlah medium untuk mempamerkan kecantikan. Niat pergi bekerja untuk mempamerkan kecantikan merupakan sesuatu yang dilaknat oleh Allah dan membawa kepada banyak kemudaratan.

Betapa ramainya pasangan suami isteri yang runtuh rumah tangga mereka akibat krisis orang ke-tiga. Betapa ramainya yang terlibat dengan kancah zina yang haram walaupun telah dikurniakan oleh Allah nikmat pasangan yang halal akibat daripada pergaulan bebas di luar batasan pekerjaan.

Wanita ISMA mengalu-alukan serta menyokong tindakan tatatertib yang bakal dikenakan ke atas penjawat awam yang terlibat dengan amang seksual di tempat kerja sebagai satu pengajaran kepada penjawat awam yang lain.

Shazamawati Zamhashari
Ketua Wanita ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts