Berbaki 1 hari sahaja lagi sebelum Syawal melabuhkan tirainya pada Sabtu (20 Mei), masih ada yang mengejar untuk berpuasa sunat enam hari di bulan mulia ini.
Manakan tidak, peluang yang hadir setahun sekali sahaja pasti akan direbutkan oleh sesiapa sahaja untuk melaksanakannya.
Bahkan, di dalam sebuah hadis daripada Abu Ayub al-Ansari RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa pada Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari ketika Syawal, ia bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis Riwayat Muslim
Melaksanakan ibadah puasa sunat ini sangatlah besar ganjarannya, namun jika dilaksanakan secara sembunyi dan tidak menghebohkan kepada orang lain itulah sebaiknya.
Melaksanakan ibadah puasa sunat ini sangatlah besar ganjarannya, namun jika dilaksanakan secara sembunyi dan tidak menghebohkan kepada orang lain itulah sebaiknya.
Pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ahmad Kamil Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin berkongsi sebagai umat Islam kita disarankan untuk sembunyikan ibadah sunat terutama ibadah puasa sunat. N
Jelasnya, ibadah yang wajib mungkin susah nak sembunyikan kerana dia adalah syiar bersama, tetapi ibadah yang sunat ini merupakan pilihan yang sebolehnya kita usaha untuk sembunyikan daripada pengetahuna manusia.
“Contohnya puasa sunat enam hari di bulan syawal. Tidak perlulah untuk didendangkan kita ini rajin puasa sebab khuatir ia boleh mencalarkan keikhlasan dan menimbulkan sifat riak yang boleh menghapuskan pahala amalan.
“Selalu juga dengar orang cakap “Kau dah habis puasa enam? Aku tinggal sehari je lagi”.
Bukan tak boleh mengajak ke arah kebaikan atau saling memberi galakan, tapi berwaspadalah.
“Ulama salaf dahulu kala sangat bimbang kalau amalan sunat mereka itu diketahui, jika boleh mereka tidak ingin ada yang hidu sampai ada yang dah berpuasa sunat berpuluh tahun lamanya sehingga keluarga sendiri pun tidak tahu.
“Ada juga yang cuba sembunyikan diri, tidak nampak bersahur dan berbuka depan orang sebab tidak ingin orang lain mengetahui amalan yang dilakukan.
Mereka sangat berhati-hati supaya amalan mereka itu tidak bocor. Jika semua amalan hendak ditunjukkan kepada manusia apa lagi yang tinggal antara kita dengan ALLAH”, ujarnya.
Kisah ulama zuhud – Daud bin Nusair al-Tha’ie
Seterusnya, memetik blog zulhusnimatresat.com, berkongsi kisah seorang ulama zuhud Daud al-Tha’ie yang berpuasa sunat selama 40 tahun tetapi tiada seorang pun daripada ahli keluarganya yang mengetahuinya.IKLANhttps://993eeb366b5e577100ba099d3c30c932.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html
Beliau berkerja sebagai pembuat manik dan setiap hari akan membawa sarapan pagi bersamanya dan akan menyedekahkannya kepada sesiapa yang beliau temui di jalanan.
Beliau akan kembali kepada keluarganya untuk makan malam sedangkan mereka tidak mengetahui bahawa beliau berpuasa sebelum itu.
Daud bin Nusair al-Tha’ie terkenal sebagai tokoh ahli ibadat dan kezuhudan. Beliau dilahirkan di Kufah setelah beberapa tahun selepas 100 Hijrah.
Beliau belajar dengan Hisyam bin ‘Urwah, al-A’masy dan beberapa guru yang lain, juga pernah mengembara ke Baghdad untuk belajar dengan Abu Hanifah.
Setelah itu, dia akan kembali semula ke Kufah dan memilih untuk menyendiri dan beruzlah, memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadat sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah atau 165 Hijrah.
Seseorang pernah berkata: “Kalaulah Daud al-Tha’ie hidup di kalangan umat-umat terdahulu, nescaya ALLAH akan mengkhabarkan tentang kisah hidupnya. -Sinar Islam Plus
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM