Bapa pakai kostum dinosaur demi pupuk anak minat mengaji al-Quran

Suasana di sebuah rumah guru mengaji meriah apabila seorang kanak-kanak perempuan datang dengan kostum dinosaur berwarna hijau.

Kehadirannya turut ditemani oleh bapa dinosaur yang datang menaiki motosikal sehingga mencuri tumpuan sekumpulan murid.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok @Izlansomei, rata-rata netizen tertarik dengan kemunculan ‘dinosaur’ di kelas mengaji.

Guru mengaji, Syed Izlan Syed Mohamad berkata, individu yang memakai kostum dinosaur itu adalah abang iparnya yang datang membawa anak perempuan empat tahun untuk mengikuti kelas bacaan al-Quran di kediamannya di Taman Sri Gombak, selangor pada Selasa lalu.

Pemuda berusia 34 tahun itu sendiri tidak menyangka abang iparnya Tengku Khairuddin Tengku Ahmad, 32, tampil dengan memakai kostum dinosaur bersama puteri sulungnya, Tengku Wan Afiyah ke kelas mengaji.

RATA-RATA netizen tertarik dengan kemunculan ‘dinosaur’ di kelas mengaji setelah video yang dimuat naik di platform TikTok @Izlansomei itu tular.

Syed Izlan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Izlan berkata, ini kali pertama dia datang bersama anak pakai kostum. Nampak abang ipar sampai di pintu pagar, saya memang terkejut. Memang meriah hari itu.

“Menjadi guru mengaji sambilan sejak 2017, Ustaz Izlan menjelaskan bahawa anak saudaranya itu bagaimanapun tidak mengaji pada hari berkenaan.

“Sebenarnya anak saudara dibawa ayahnya ke rumah sejak lebih setahun lalu, bermula usianya tiga tahun setiap kali ada kelas mengaji.

“Dia masih terlalu kecil untuk belajar mengaji. Cuma ayahnya sering membawa dia datang ke kelas mengaji untuk membiasakan diri ke arah minat mengaji, ujarnya yang berasal dari Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak.

Tambahnya lagi, kedua-dua beranak itu datang ke rumahnya hampir setiap minggu dan sering menghabiskan masa antara lima hingga sepuluh minit sambil mendengar bacaan kanak-kanak lain yang datang mengaji.

“Sememangnya mudah untuk menarik minat budak-budak kecil untuk mengaji. Kena dedahkan mereka sama ada menerusi telefon atau mengajar sendiri.

“Kanak-kanak tak boleh dipaksa, jangan beri tekanan kepada anak-anak untuk belajar mengaji tapi boleh galakkan mereka untuk mempunyai minat,” ujarnya.

Walaupun berperwatakan seorang guru mengaji yang tegas, Ustaz Izlan tidak pernah memaksa murid-muridnya kerana enggan menjadikan kelas mengajinya terlalu ‘berat’.

“Kalau ada pelajar yang lambat ‘pick up’, saya ajar mereka perlahan-lahan. Apa yang penting adalah mereka belajar secara konsisten dan ada hasilnya,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen sejak video itu ditularkan, ramai yang menyokong usaha seorang bapa demi memupuk minat anaknya kepada al-Quran.

“Gigihnya, janji anak tu nak pergi mengaji”

“Alhamdulilah, dinosaur Islamik. Kalau aku budak-budak ni, memang tak fokus dah,” demikian antara komen warga maya. – Sinar Islam Plus

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts