Kata peribahasa Melayu, ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’.
Berkongsi dan menghulur buah tangan berbentuk makanan kepada jiran atau kenalan sememangnya merupakan amalan mulia. Begitu juga dalam soal pemberian hadiah dan lain-lain.
Tidak dinafikan memang ada dalam kalangan tetangga mahupun handai taulan kita yang begitu kerap memberi itu dan ini.
Kadangkala naik segan juga dibuatnya kerana kita tidak pernah pun membalasnya. Sedangkan, pemberi tadi langsung tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Cuma ada ketikanya, perkara itu menimbulkan salah faham kepada penerima sehingga dia menganggap pemberian tadi perlu dibalas semula
Ini kerana katanya, ia boleh menjalin kasih sayang dan mengutuhkan silaturahim.
Rasulullah SAW ada memerihalkan perkara tersebut dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah agar kamu saling kasih mengasihi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Adab Mufrad)
“Bagaimanapun, biarlah setiap pemberian kepada seseorang hendaklah diniatkan ikhlas kerana ALLAH SWT tanpa mengharapkan balasan duniawi daripada penerima hadiah.
Melihat dalil-dalil berkenaan, ujar Dr Syed Shahridzan, jelaslah bahawa tidak menjadi kesalahan andai kita membalas semula bingkisan yang dikirimkan kepada kita kerana ia juga merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Kepada para pemberi hadiah, beliau mengingatkan, tidaklah menjadi suatu perkara wajib untuk mereka menyatakan atau memberi isyarat kepada penerima agar tidak membalas kiriman tersebut.
“Jika si penerima membalasnya, maka kita digalakkan untuk menerimanya.
“Dari satu segi, penerima hadiah perlu berbaik sangka kepada pemberi bahawa ia dilakukan ikhlas kerana ALLAH tanpa bermatlamatkan balasa setimpal pada masa akan datang,” titipnya.- Sinar Islam Plus
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM