Beli barangan bercorak pelangi, adakah dikira menyokong golongan songsang?

Berbicara mengenai corak pelangi, pasti ia akan dikaitkan dengan simbol golongan songsang. Sehingga ada yang mengatakan, membeli barangan berwarna pelangi dikatakan seolah menyokong fahaman mereka.

Apa pula pandangan Islam mengenai perkara ini, adakah benar ia tidak digalakkan atau hanya sekadar menjadi buah mulut masyarakat agar tidak membeli barangan bercorak pelangi ini?

Merujuk laman maktabah albakri oleh agamawan terkemuka, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan tidak menjadi masalah jika seseorang ingin membeli barangan yang mempunyai corak atau warna pelangi.

“Tambahan pula diyakini bahawa penjual barangan tersebut tidak membawa ideologi gerakan songsang LGBT atau mempunyai kecenderungan ke arah fahaman mereka.

Jelasnya, kadang-kala, kita mendapati baju bayi atau kanak-kanak yang dijual dengan warna pelangi. Hal ini kerana, pada usia yang masih kecil kanak-kanak mempunyai tarikan yang tinggi untuk mengenali jenis-jenis warna. Para penjual mengambil inisiatif menjual barangan berwarna pelangi bagi menarik minat perhatian pembeli.

“Sekalipun begitu, jika mempunyai pilihan warna lain ketika membeli, maka dahulukanlah untuk membeli selain daripada warna pelangi. Ekoran peningkatan jumlah penyokong gerakan songsang ini di Malaysia, yang semakin lama semakin giat menyebarkan doktrin mereka dengan melakukan demonstrasi atau perarakan agar masyarakat mengiktiraf ideologi mereka.

“Dapat dilihat di seantero dunia, gerakan ini menggesa masyarakat setempat untuk menerima ideologi songsang mereka dalam masyarakat, sedangkan ia amatlah bertentangan dengan fitrah biologi manusia dan juga syarak.

ALLAH SWT berfirman “Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-NYA (zuriat keturunan) kamu semua.” (Surah asy-Syura ayat 11)

“Imam Ibn al-Jauzi ketika menafsirkan ayat di atas menyebutkan bahawa ALLAH SWT menciptakan bagi lelaki pasangan perempuan dari penciptaan yang sama (manusia), dan juga menciptakan bagi haiwan pasangan mereka daripada jantan dan betina.

“Jika dilihat dari sudut sains pula, pembiakan berlaku apabila adanya persenyawaan antara benih lelaki dan benih perempuan, iaitu dengan berlakunya persenyawaan antara sperma dan juga ovum sebelum membentuk zigot,” ungkapnya.

Kadang-kala, kita mendapati baju bayi atau kanak-kanak yang dijual dengan warna pelangi. Ini kerana, pada usia yang masih kecil kanak-kanak mempunyai tarikan yang tinggi untuk mengenali jenis-jenis warna. 

Agamawan itu menegaskan lagi, membeli barangan yang mempunyai warna atau corak pelangi adalah harus selagi mana tidak membuka ruang-ruang fitnah. Jika diyakini akan terbukanya ruang fitnah, maka hukumnya adalah haram berdasarkan kaedah Sadd al-Zari‘ah (menutup pintu yang membawa kepada perkara yang diharamkan).

“Akan tetapi, mengelakkan diri daripada membeli barangan yang mempunyai warna pelangi adalah langkah selamat bagi menjauhkan daripada tanggapan buruk masyarakat.

“Hal ini kerana, yang membezakan antara warna pelangi dan bendera LGBT hanyalah pengurangan sebuah warna, iaitu indigo (biru gelap). Dikhuatiri ada yang tersalah anggap bahawa si pemakai atau pembeli barangan berwarna pelangi memberikan sokongan dan solidariti terhadap gerakan LGBT ini.

“Ia juga bertujuan menjauhkan diri daripada termasuk dari golongan mereka yang disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai menyerupai sesuatu kaum.

Telah diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad) – Sinar Islam Plus

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts