Keindahan struktur susunan ayat dalam Surah al-Fatihah

  1. Sheikh Sayyid al-Tantawi menjelaskan mengenai keindahan struktur susunan ayat dalam Surah al-Fatihah ini. Allah mendahulukan sebutan mengenai ibadah (pengabdian diri kepada Allah) sebelum menyebut tentang memohon bantuan daripadaNya. Kata al-Tantawi:

وقدمت العبادة على الاستعانة، لكون الأولى وسيلة إلى الثانية

“Dan didahulukan sebutan mengenai ibadah sebelum disebutkan mengenai memohon pertolongan kerana pengabdian diri kepada Allah itu adalah jalan untuk kita memohon pertolongan kepadanya.” (Tafsir al-Wasit)

  1. Ini adalah teras utama ikrar yang kita ulangi setiap hari. Bagaimana mungkin seseorang itu tegar untuk melanggar perintah Allah dan dalam masa yang sama dia tidak merasa malu untuk memohon kepada Allah. Seorang hamba itu seharusnya membulatkan pengadian kepada Allah dahulu sebelum memohon kepadaNya.
  2. Malangnya ada dikalangan manusia yang tidak memahami ikrar harian mereka ini. Ada yang melupakan Allah, meninggalkan pengabdian kepadaNya walaupun setelah sekian banyak kurniaan yang Allah beri kepada mereka.
  3. Atas dasar itu al-Quran merekodkan sebahagian sikap buruk manusia ini. Ketika ditimpa kesusahan, mereka bersungguh berdoa agar Allah membantu mereka. Setelah diberikan kesenangan, mereka melupakan Allah, meninggalkan pengabdian kepadaNya, bahkan menyekutukan Allah dengan yang lain. Firman Allah:

وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ

“Apabila manusia ditimpa kesusahan, dia berdoa kepada Allah, memohon bantuan dan bertaubat kepadanya, (namun) apabila dihilangkan dari mereka kesusahan tersebut, dia lupa apa yang pernah diucapkan dalam doa mereka sebelum itu.” (al-Zumar:8)

  1. Oleh itu hayati ikrar harian kita dalam solat. Kita melafazkan setiap hari bahawa hanya kepada Allah tempat kita meletakkan segala keutamaan dan pengabdian. Begitu juga hanya kepada Allah tempat kita memohon pertolongan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts