Rasulullah mendidik para sahabat melaksanakan solat sunat rawatib

  1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mendidik para sahabat agar melaksanakan solat sunat rawatib sebanyak 12 rakaat sehari. Mereka yang melaksanakan solat ini akan dikurniakan mahligai di dalam syurga kelak.
  2. Sabda Rasulullah:

مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاةِ الْفَجْرِ

“Barangsiapa yang melaksanakan solat sunat pada waktu siang dan malam sebanyak 12 rakaat, maka Allah akan membina baginya sebuah mahligai di syurga kelak iaitu: 4 rakaat sebelum zohor dan 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isya dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR al-Tirmizi).

  1. Walau bagaimana pun terdapat juga beberapa hadis yang lain menunjukkan keutamaan solat-solat sunat tertentu sebelum dan sesudah solat fardu seperti solat sunat 4 rakaat sebelum dan sesudah Zohor dan 4 rakaat sesudah isyak. Begitu juga dengan solat sunat di antara azan dan iqamah.
  2. Oleh yang demikian, marilah kita berpegang dengan panduan yang telah disarankan oleh Baginda Nabi seperti yang telah dijelaskan oleh para ulama.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts