Jasad penghafaz al-Quran dijaga hingga akhir hayat

Semalam, media melaporkan jasad salah seorang mangsa nahas pesawat ringan di Elmina berada dalam keadaan sempurna sekaligus memudahkan urusan pengecaman mayat dibuat oleh waris.

Jenazah Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, yang berada di dalam pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) tidak terjejas teruk dan hanya kemeja yang dipakainya hangus, manakala singlet dan seluar masih melekap pada badan

Dalam pada itu, isteri mangsa juga memaklumkan kepada abangnya bahawa rambut Allahyarham juga masih elok dan hanya sedikit sahaja terbakar.

Difahamkan, Idris Abdol Talib atau biasa disapa Ustaz Idris merupakan seorang penghafaz al-Quran.

Sementara itu, Abang ipar mangsa, Ahmad Fariz turut meluahkan rasa syukur kerana jenazah dalam keadaan sempurna dan dia sendiri memegangnya sebelum urusan pengebumian dijalankan.

“Kita dapat dia sempurna, dari hujung rambut sampai ke kaki, lengkap (badannya). Rambut dia juga tidak terbakar, saya sendiri pegang. Dia golongan yang dipelihara oleh ALLAH SWT,” katanya.

Tiga kelebihan Hafiz di dunia dan akhirat

ALLAH SWT telah menjanjikan ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang menghafaz al-Quran tidak kiralah di dunia mahupun akhirat.

Memetik portal islamqa.info, antara kelebihan seorang penghafaz al-Quran adalah:

1.Mereka diangkat sebagai pemimpin

Seseorang yang lebih banyak hafalannya lebih diutamakan untuk dijadikan sebagai pemimpin ataupun imam solat.

Perkara ini bertepatan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al Khudriy RA, Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian berjumlah tiga orang (dan hendak mengerjakan solat berjemaah) maka hendaklah salah seorang daripada kalian yang paling banyak hafalannya menjadi imam”.

2.Mereka dianugerahkan hati dan pemikiran yang lapang

Orang yang menghafaz al-Quran, hatinya akan lebih dekat dengan Rabb-NYA, kerana ayat-ayat suci itu tersimpan kemas di dalam dada mereka.

Para penghafaz al-Quran akan sentiasa “murajaah” atau mengulang bacaan al-Quran dengan tujuan untuk menjaga hafalan mereka.IKLANhttps://5c120f62580bd6d824383b90a86c970b.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html

Hati mereka juga akan sentiasa cenderung untuk mengingati ALLAH, dan sesungguhnya hati yang sentiasa mengingati ALLAH akan mendapatkan ketenangan.

ALLAH berfirman dalam kalam-NYA “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenteram” (Surah al-Ra’d ayat 28)

3.Mereka bakal mendapat syurga yang tertinggi

Daripada Aisyah RA Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafaz al-Quran adalah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (Hadis Riwayat Baihaqi dan Hakim)

Terdapat banyak lagi kelebihan bagi mereka menghafaz al-Quran yang di dalamnya terkandung pelbagai hikmah tersurat dan tersirat.

Semoga dengan peristiwa Allahyarham Ustaz Idris seorang penghafaz al-Quran, menjadikan diri kita juga sentiasa dekat dan cintakan al-Quran. – Sinar Islam Plus

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts