- Benar, ayat 10 dari Surah al-Muzammil ini adalah panduan buat Rasulullah ketika menghadapi tentangan Qurasyh. Namun ia adalah ayat yang sangat baik buat kita untuk dijadikan pedoman dalam menyampaikan dakwah dan meneruskan perjuangan andai ditinggalkan manusia.
- Ketika kita menyampaikan dakwah, pasti akan menerima reaksi yang berbeza dari manusia, samada positif atau negatif. Berhati-hatilah dalam membalas respon manusia, kerana reaksi kita berupaya merosakkan amalan kita sendiri.
- Al-Imam Ibn Asyur memberikan gambaran bagaimana amalan yang baik samada dakwah atau sedekah boleh rosak disebabkan oleh kata-kata yang dikeluarkan dari mulut kita sendiri. Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amalan) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti.”
- Menarik sekali ungkapan al-Imam Ibn Asyur dalam perkara ini. Sekalipun kita sedang melakukan kebaikan, kita tidak sedar kata-kata kita boleh merosakan amal soleh kita. Sekalipun kita sedang berdakwah, berlebih-lebih meenyakiti yang lain dibimbangi merosakkan usaha dakwah kita.
- Teruskan melakukan kebaikan sekalipun dicaci dan difitnah oleh manusia. Allah menilai setiap amal soleh yang dilakukan.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM