Siapa kata Palestin bukan isu agama?

Jangan terpedaya dengan dakyah Barat mahu senyapkan kita berkata soal agama, kita pun terpedaya. 

Jumaat lepas saya menyertai demonstrasi solidariti Palestin di Masjid Negara. Rata-rata pemidato berkata, isu Palestin bukan isu agama tetapi kemanusiaan, diulang dan diulang. Benarkah Palestin bukan isu agama? Kenapa berkata sedemikian, takut dikatakan ekstrem ke? 

Katakan benar itu benar, isu Palestin adalah isu agama, selain melibatkan isu lain seperti kemanusiaan dan sebagainya. Saya tidak nafikan itu semua. Tetapi, seolah-olah takut mengatakan Palestin isu agama, itu saya tidak bersetuju. 

Palestin adalah isu agama, antara Islam dan Yahudi (Zionis). Yahudi adalah pelarian, tidak ada negara. Selepas holocaust, Yahudi bertempiaran lari dari Jerman, sehingga menetap di Palestin. Daripada tidak ada negara, merempat, sehinggalah menjadi tuan di Palestin. Tuan tanah sebenar, menjadi pelarian, hilang tempat tinggal, hilang tanahair. Adakah ini bukan isu agama. 

Pertamanya, kita kena ingat, bumi Palestin adalah bumi para anbiya. Tidak perlu saya cerita satu persatu bagaimana para anbiya berada di sana. Semua berada dalam media sosial.

Kedua, dalam al-Quran surah al Isra, peristiwa Isra’ dan Mi’raj disebut dengan jelas soal Masjid al-Aqsa. Masjid al Aqsa juga adalah kiblat pertama umat Islam.

Ketiga, dalam hadis Riwayat Bukhari, Nabi mengingatkan kita, tidak akan terjadi kiamat hingga Yahudi diperangi. Yahudi lari menyorok di belakang batu, batu berkata, Yahudi ada di sini. 

Keempat, umat Islam di Palestin mempertahankan hak mereka, tanahair mereka sendiri, nyawa mereka, keluarga mereka, itu semua agama. Apa yang bukan agamanya, hanya kemanusiaan semata? Sedarlah wahai saudaraku, jangan terperangkap dan terpedaya dalam permainan barat dan yahudi. 

Sama juga apabila memperkatakan soal jihad. Jihad yang paling tinggi nilainya di sisi Allah adala jihad mempertahankan agama. Paling tinggi jika ditakdirkan jihad mempertahankan agama itu di medan perang seperti mana yang berlaku di Palestin hari ini.

Malangnya, ada dalam kalangan kita yang terpedaya dengan dakyah Barat dan Yahudi, bila bercakap soal jihad mereka bercakap dan menekankan soal jihad ekonomi. Tidak dinafikan ekonomi itu sangat penting hari ini, tanpa ekonomi, mustahil sesebuah negara itu boleh bergerak maju, tetapi ingat, jangan lupa memperkatakan bahawa jihad yang paling tinggi di sisi Allah swt, adalah jihad mempertahankan agama, terutama di medan perang.

Saya cukup hormat dengan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, Dr Mathias Chang, dalam mengupas soal konsep jihad dalam Islam. Walaupun dia bukan Islam, secara tuntas beliau berkata, konsep jihad dalam Islam yang sebenar adalah jihad mempertahankan agama di medan perang.

Kita jangan terpengaruh dengan dakyah Barat, menjadikan takut kita memperkatakan soal agama. Akhirnya kita hanya memperkatakan jihad ekonomi dan jihad yang lain, itulah sebenar atau sebesar-besar jihad. Ya, jihad ekonomi dan jihad yang lain itu penting, tetapi janganlah sampai takut memperkatakan makna jihad yang sebenar, jihad mempertahankan agama sehingga syahid. Sehingga akhirnya, umat Islam takut untuk mati syahid.

Bangunlah wahai saudaraku. Umat Islam Palestin hari ini, tidak mengharapkan apa dari kita melain doa dan sokongan. Mereka sudah bersedia untuk syahid. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, negara-negara bukan Islam, yang tidak bersekutu dengan Israel, sudah buka mata. Sama-sama kita doakan kemenangan untuk Palestin. Tetapi janganlah takut untuk katakan bahawa Palestin adalah isu agama, selain kemanusiaan. Hanya agama yang akan menyelamat dan menyatukan kita, bukan yang lain.  Jangan cair dengan dakyah Barat dan terperangkap dalam percaturan Yahudi.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts