Tun M wajar ketuai OIC perjuang hak orang Islam

Bangi – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewajarnya diberi kepercayaan menerajui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, aura dan pengalaman luas yang ada pada pemimpin berusia 98 tahun itu melayakkan dirinya memainkan peranan utama di pentas dunia terutama dalam menguatkan solidariti ummah sejagat.

“Tiba masanya Dr Mahathir dipilih untuk jawatan tersebut bagi melaksanakan agenda menyatupadukan ummah.

“Beliau mampu memainkan peranan memperkuatkan solidariti ummah sejagat bagi melawan dengan kuasa-kuasa besar dunia Barat yang menjadi proksi Israel,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, ketika Dr Mahathir menjadi pemimpin nombor satu negara, suaranya sangat lantang memperjuangkan hak orang Islam terutama terutama isu melibatksn Palestin, Bosia dan Kosovo.

“Tokoh negarawan ini bukan sahaja bercakap tetapi terus membela negara-negara Islam yang ditindas oleh rejim Zionis mahupun negara-negara Barat pada waktu itu.

“Beliau senantiasa bangun berjuang membela Palestin, Bosnia, Kosovo serta negara-negara Islam yang lain secara terbuka di pentas antarabangsa,” katanya.

Hari ini masyarakat antarabangsa melahirkan rasa sedih dengan penderitaan rakyat-rakyat di Palestin yang syahid susulan serangan udara tentera rejim sejak 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pihak yang mampu meredakan situasi perang berkenaan yang meragut lebih 4,651 nyawa terutama kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak bersalah. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts