Didik anak agar bercita-cita menjadi pembebas Palestin

Sebagaimana kita tahu, terdapat banyak sejarah umat Islam di Palestin antaranya ia merupakan bumi anbiya, adanya Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat umat islam yang pertama dan juga tanah Palestin adalah tanah wakaf milik umat Islam seluruhnya.  

Peperangan yang berlaku di Palestin sudah berlaku sekian lama. Sejarah mengajar kita sebagai umat Islam perlu terus berjuang. Keberanian untuk menentang kezaliman dah sebati dalam kehidupan para pejuang dan syuhada’ bahawa mereka yang akan membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Bagaimana perasaan dan jiwa ini HIDUP dan sebati dalam kehidupan mereka?

Kisah Salahuddin Al-Ayubi

Sewaktu Salahuddin Al-Ayubi masih kecil, ayahnya sudah menanam semangat perjuangan bahawa beliau yang akan membebaskan Palestin. Suatu hari Ketika ayahnya bermain bersama Salahuddin Al-Ayubi dan kanak-kanak lain, ayahnya mengangkat dan melemparkan ke udara dan jatuh di atas tanah. Ayahnya bertanya:”Mengapa kamu tidak menjerit kesakitan Salahuddin?” Beliau menjawab:”Wahai ayah,orang yang akan membebaskan Masjid Al-Aqsa tidak akan berteriak kesakitan”.  

Kisah Ummu Nidhol

Beliau merupakan “Ummi Syuhada” yang mana sudah menghantar anaknya sebagai pejuang untuk membebaskan Palestin dan ketiga-tiga anak lelakinya syahid mempertahankan agama. Kata-kata Ummu Nidhol kepada anaknya: “Wahai anakku, engkau terlahir dari rahimku, hal yang paling termahal aku miliki. Bukan hal yang mudah bagi seorang ibu mengorbankan hal yang paling mahal dalam hidupnya, tetapi tidak ada yang lebih mahal dari kemuliaan Islam, Al-Aqsa dan juga Palestin.

Kisah Wanita di Gaza

Di Gaza, para ibu mereka sungguh terinspirasi dengan kata-kata As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dan berlumba-lumba untuk setiap keluarga berdoa dan mengharapkan ada diantara mereka yang syahid ataupun mereka menjadi tawanan Israel. Jadi, sejak kecil itulah impian dan harapan mereka sentiasa berjiwa besar mempertahankan agama dan membebaskan negara Palestin.

Kata-kata Syeikh Ahmad Yassin:

من نَذر نفسهُ أن يعيش لـدينه سيعيش مُتعباً ولكنه سيحْيا عظيمًا ويموت عظيمًا 

Maksdunya: Sesiapa yang bernazar demi agama dia akan hidup susah, tetapi hidup dan matinya dalam kemuliaan”.

Menyelusuri kisah sahabat dan para pejuang, semangat berjiwa besar,mencintai dan mempunyai keinginan untuk mempertahankan agama dan membebaskan Masjid Al-Aqsa adalah hasil daripada keikhlasan dengan didikan ibu dan ayah bermula sejak kecil. Hasil inilah yang tersemat dalam jiwa mereka azam untuk menjadi salah seorang pewaris yang membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Ibu dan bapa berperanan penting untuk mendidik dan mencipta generasi anak-anak yang akan mempertahankan agama Islam dari generasi kepada generasi. Antara saranan saya perkara yang perlu ditanam dalam diri anak-anak:

  1. Menceritakan tentang sejarah Palestin dan menanam jiwa “Al-Quds”.

Mempelajari sejarah kenapa kita perlu mencintai Palestin, apakah kelebihan Masjid Al-Aqsa, membuat aktiviti bersama keluarga yang berkaitan dengan Palestin dan menaikkan semangat membela Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

  • Mengajarkan mereka menyokong akan kebenaran.

Membina jati diri anak-anak dengan aqidah yang benar,menyemai sebuah keimanan yang benar,menanam ruh perjuangan,izzah dan bangga kepada Islam, semangat jihad dan taat setia kepada Allah dan Rasul. Juga memberi gambaran yang jelas siapakah yang sedang menguasai dunia, siapakah yang sedang menzalimi umat Islam di dunia mahupun di Malaysia.

  • Menceritakan tentang kemuliaan,keistimewaan dan kelebihan orang yang berjuang dan mati syahid. Kemenangan hanya milik Allah SWT.
  • Menyediakan tabung di rumah untuk Palestin dan pejuang Islam.

عَنْ أَبِي عبدِ الرَّحمنِ زيدِ بنِ خَالدٍ الجُهَنِيِّ – رَضْيَ اللهُ عَنْه – قَالَ: قَالَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عَليْهِ وسلَّم: «مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَقد غَزَا، وَمَنْ خَلَفَ غَازِيًا فِي أَهْلِه بِخَيرٍ فقد غَزَا». مُتَّفقٌ عليه.

Daripada Abi Abdirrahman Zaid bin Khalid AlJuhanni RA, Rasulullah SAW bersabda:” Barang siapa yang menyediakan bekal untuk orang yang berperang di jalan Allah, maka dia turut berperang. Dan siapa yang menafkahi ahli keluarga orang yang keluar  berperang,maka dia turut berperang”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Hidupkan budaya di rumah sentiasa mendoakan para pejuang di Palestin

Senjata yang terbesar orang mukmin adalah doa. Mengajarkan anak-anak doa yang khusus dan memohon pertolongan Allah SWT untuk para pejuang Islam, antaranya qunut nazilah, doa untuk untuk keamanan,diringankan ujian dan diberi kemenangan untuk barisan pejuang Islam.

Sebagai umat Islam, kita perlu ada rasa cemburu terhadap keimanan saudara kita di Palestin dan Gaza yang mana mereka mengorbankan seluruh kehidupannya dan mewakili umat Islam seluruh dunia untuk mempertahankan agama Islam dan tauhid di atas muka bumi. Dan inilah hakikat perjalanan kehidupan kita sebenar di dunia. Wallahua’alam

Ustazah Nur Anis bt Bahrin

Penyelidik Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts