Firaun dan pembunuhan kanak-kanak

  1. Usaha Firaun untuk membunuh kanak-kanak bukanlah satu perkara yang rahsia. Ia bertujuan bagi melenyapkan penentangan yang bakal membinasakan kerajaan Firaun. Al-Imam Ibn Kathir menjelaskan:

أَنَّ فِرْعَوْنَ رَأَى فِي مَنَامِهِ كَأَنَّ نَارًا قَدْ أَقْبَلَتْ مِنْ نَحْوِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَأَحْرَقَتْ دَوْرَ مِصْرَ وَجَمِيعَ الْقِبْطِ وَلَمْ تَضُرَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ

“Sesungguhnya Firaun bermimpi melihat api yang datang dari arah Baitul Maqdis lalu membakar penempatan Mesir dan bangsa Qibti dan ia tidak memberikan mudarat kepada Bani Israel.” (al-Bidayah wa al-Nihayah)

  1. Operasi besar-besaran Firaun ini dilancarkan bagi memadamkan api penentangan terhadap kezaliman yang dilakukan. Namun, perancangan manusia ini tidak berupaya menghalang ketentuan Allah. Allah menyelamatkan Nabi Musa yang akhirnya menghapuskan kezaliman yang berlaku. Firman Allah:

وَإِذْ نَجَّيْنَٰكُم مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَآءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَآءَكُمْ ۚ وَفِى ذَٰلِكُم بَلَآءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ

“Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.” (Surah al-Baqarah: 49)

  1. Pada hari ini, kita menyaksikan kempen membunuh kanak-kanak Muslim berlaku dalam skala yang besar. Namun janganlah kita berputus asa dari membantu dan mendoakan mereka. Yakinlah pada janji Rasulullah bahawa akan tiba waktunya umat ini akan bangkit. Sabda Rasulullah:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ» . قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: «بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ»

“Akan sentiasa ada dalam kalangan umat aku yang memperjuangkan agama ini, tegas menentang musuh mereka, tiada penentangan yang boleh memudaratkan mereka melainkan musibah yang menimpa mereka sehinggalah datangnya urusan Allah. Para sahabat bertanya: Dimanakan mereka wahai Rasulullah. Baginda menjawab: Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis. (HR Ahmad)

  1. Teruskan usaha membantu saudara kita yang dizalimi. Jangan jemu mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat mereka. Jangan juga jadi lemah dan takut serta bersikap apologetik dengan tekanan orang kafir.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts