Semarakkan naratif kebangkitan, perjuangan dan kemenangan

Hakikatnya, kita bukan pihak yang ketiga yang menonton peperangan, bahkan kitalah pihak yang terlibat dalam peperangan itu.

Sewaktu peperangan, kesedihan, simpati dan pelbagai isu-isu kemanusiaan tidak membawa apa-apa kesan positif yang besar pada tentera yang terlibat dalam medan perang. Ia mungkin boleh meraih sokongan awam yang mempunyai deria kemanusiaan yang sejahtera, tetapi kesannya tidak begitu signifikan dalam membantu para mujahidin.

Yang lebih membantu adalah sokongan kepada para mujahidin bahawa mereka tidak bersendirian, mereka sedang melaksanakan janji Tuhan, dan mereka sentiasa disokong kuat oleh umat Islam, yang menganggap mereka sebagai ‘wakil ummah’ yang memimpin arus pembebasan Al-Aqsa.

Bantuan yang signifikan pula bukanlah semata-mata ubat-ubatan dan makanan, tetapi bantuan berupa sokongan dan desakan campur tangan yang sewajarnya melibatkan ketenteraan yang lebih menjurus kepada pertempuran sebenar, berbanding hanya desakan gencatan senjata hasil dari mesyuarat-mesyuarat antara negara bersekutu.

Kita perlu berani mematangkan perjuangan Palestin, dari semata-mata kemanusiaan dan simpati terhadap nasib mereka, kepada ‘memposisikan’ keberadaan kita sebagai orang yang berjuang bersama mereka.

“Apa nak jadi, jadilah!”

Pertimbangan dan kira-kira untung rugi ditolak tepi, kerana yang tinggal hanyalah perjuangan dan pertaruhan yang tetap tidak dapat dianggarkan dan dibayangkan kesudahannya.

Walau hakikatnya, kedua-dua kemungkinan adalah anugerah dan kemuliaan, iaitu samada menang, atau syahid.

“Mereka bertanya bilakah ia? Katakanlah wahai Muhammad, mudah-mudahan ia sudah dekat” – Surah Al-Israa’

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama Isma (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts