Ulama, influencer betulkan naratif yang salah terkait Hamas – Mufti Sabah

KUALA LUMPUR — Pengganas sebenar dalam konflik Palestin dan negara haram Israel adalah zionis. Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata pengganas inilah yang yang telah menjajah dan menzalimi rakyat Palestin sejak 75 tahun lalu.

Sehubungan itu, naratif yang mengatakan Hamas adalah pengganas perlu diperbetulkan oleh kelompok asatizah, ulama, pempengaruh termasuk masyarakat di negara ini.

Katanya, adalah menjadi kewajipan ulama dan asatizah untuk memperbetulkan naratif kebenaran pejuang sebenar dalam perang Palestin-Israel supaya masyarakat tidak terpedaya dengan dakyah media barat yang menzalimi umat Islam.

“Para asatizah, ulama, semua sekali termasuk masyarakat, influencer, TikTokers dan lain-lain yang menguasai mesti membetulkan naratif bahawa Hamas bukan terrorist tapi dia adalah pejuang pembebasan negara Palestin. 

The real terrorist ialah zionis Israel kerana mereka telah mula menjarah, menjajah, menzalimi rakyat Palestin dah nak masuk 75 tahun dah tahun ini tanah mereka (Palestin) diambil, mereka dibunuh, diseksa di blockage dan segala macam dengan kezaliman, ada setengah orang kan, dia rasa oh ini Hamas yang memulakan peperangan ini (7 Oktober) kononnya. 

“Sebenarnya tidak. Hamas hanya meneruskan peperangan yang sudah pun berlangsung sejak 75 tahun yang lepas. Itu naratif yang betul,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Datuk Zamri Hashim yang mengatakan kewajipan ulama dan asatizah untuk meluruskan naratif masyarakat berhubung operasi Taufan Al-Quds dilancarkan Hamas dua minggu lalu supaya mereka tidak terpedaya dengan dakyah media barat yang menzalimi umat Islam.

Mufti Sabah itu berkata kelompok ulama dan asatizah mempunyai peranan yang besar dalam isu terbabit kerana sebahagian dari mereka bertaraf selebriti dan mempunyai jutaan pengikut justeru ini waktu tepat untuk mereka memperbetulkan naratif yang salah.

“Media barat memang mengkultuskan Israel so mereka guna play victim seolah-olah mereka yang jadi mangsa tapi dia lupa selama 75 tahun ini dia telah mengubah landskap sebuah negara merdeka Palestin menjadi sebuah Israel yang dulunya 90 peratus rakyat Palestin adalah Muslim Arab.

“Sekarang ini mereka tidak sampai 20 percent. Jadi peranan para asatizah ini amat-amat penting,” katanya.

Beliau juga meminta semua pihak menggunakan segala platform yang ada termasuk media sosial untuk memperbetulkan naratif yang salah sekali gus membantu rakyat Palestin yang tertindas.

“Kesimpulannya, perjuangan Hamas perlu kita sokong. Tindakan mereka (pada 7 Oktober)  tepat untuk mengajar Israel. Mati dalam keadaan mulia itu lebih baik daripada hidup tetapi dalam kehinaan, ditindas, dimalukan, dihina dan macam-macam,” kata Mufti Sabah itu. — The Merdeka Times

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts