Perjuangan membebaskan Palestin harus disokong

Saya menentang tindakan yang menghalang institusi pendidikan daripada mengadakan sebarang bentuk solidariti terhadap Perang Israel-Palestin kononnya atas dasar berkecuali dan tidak melibatkan pelajar dengan konflik antarabangsa.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh gabungan NGO dan parti politik tertentu yang menggesa politik antarabangsa, pertikaian agama dan laungan perang dijauhkan dari sekolah adalah sangat tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab.

Perjuangan Palestin menentang pencer0bohan Israel merupakan isu yang sangat dekat di hati umat Islam dengan keberadaan kiblat pertama umat Islam di BaitulMaqdis. Selain merupakan bandar suci ketiga umat Islam, Baitulmaqdis dan seluruh kawasan Palestin adalah sebahagian daripada bumi para anbiya.

Cubaan pelbagai pihak yang cuba merendahkan usaha perjuangan pembebasan Palestin daripada negara haram Israel ini akhirnya menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka yang meletakkan sesuatu isu tidak kena dengan tempatnya. Jelas ada di Malaysia, golongan yang berada dalam kepanasan apabila negara Israel dihentam dan dicerca oleh majoriti rakyat yang kian sedar tentang hakikat peperangan di Palestin.

Malaysia sendiri secara undang-undangnya tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat, jadi segala perjuangan menentang penindasan perlu disokong sebaiknya. Israel jelas adalah penjajah dan penjenayah perang.

Nilai pendidikan apakah yang hendak diterapkan pada anak-anak kita sekiranya orang yang ditindas tidak dibela dan dipertahankan?

Tindakan pihak-pihak yang mempersoalkan perlaksanaan solidariti di institusi pendidikan hanya menimbulkan provokasi yang tidak sepatutnya dan menggugat keharmonian identiti negara yang berteraskan Islam seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Hj. Muhammad Aizat Rasli
Timbalan Presiden ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts