‘Two state solution’ idea Israel pecahkan Palestin pada juzuk kecil

BANGI – Kerajaan sepatutnya sedar hakikat bahawa sokongan terhadap sempadan sebelum 1967 adalah bertentangan dengan kempen solidariti Palestin yang dilaungkan Malaysia.

Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menegaskan sempadan sebelum 1967 bermaksud Palestin dipecahkan kepada dua.

Perpecahan itu dikaitkan dengan satu juzuk kecil yang akan dipanggil Palestin dan satu juzuk besar meliputi 80 peratus bumi Palestin diberikan kepada Yahudi yang dipanggil Israel.

“Saya tegaskan lagi sekali untuk kita faham bahawa inilah yang dinamakan ‘two state solution’. Ia adalah idea Israel, bukan idea orang Palestin.

“Saya juga suka tegaskan inilah beza besar antara Hamas dan Fatah. Hamas menentang idea ini, Fatah bersetuju dengan penyelesaian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam konflik ini, Ustaz Muhammad Fauzi menegaskan, langkah melaksanakan ‘two state solution’ bukan penyelesaian kepada isu Palestin.

“Israel tidak jujur dengan idea ‘two state solution’ yang mereka sendiri cadangkan.

“Buktinya Israel berunding dengan beberapa negara untuk menempatkan penduduk Gaza di Sinai dan merampas 61 peratus tanah di Tebing Barat,” katanya.

Atas sebab itu, beliau menggesa kerajaan bersikap tegas untuk Palestin dikembalikan kepada sempadan sebelum Deklarasi Balfour pada 1917.

“Jangan ambil pendekatan seperti Fatah yang melaungkan kemerdekaan Palestin dan mengutuk Israel di mulut, tetapi reda dengan hasil akhir iaitu Gaza dan Tebing Barat yang kecil itulah yang tinggal untuk Palestin, manakala bakinya adalah Israel.

“Moga kita faham maksud istilah yang diseru supaya kita tidak bersorak kegembiraan atas suatu yang sebenarnya adalah musibah,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts