Apa boleh kita sekeluarga menyumbang dari jauh ?
1- Berdisiplin dalam solat berjamaah, khususnya subuh di masjid
2- Akrab dengan al Quran sebagai teman hidup, dan hidup bersederhana
3- Sentiasa berdoa dan bermunajat untuk kemenangan umat, di sekitar kita mahu pun yang jauh
4- Bersederhana dalam hidup dan meningkatkan infaq untuk perjuangan perdana untuk pembebasan al Aqsa.
5- Meneguhkan kesetiaan (wala’) kepada umat dan agama, dan dibuktikan dalam kehidupan seharian.
6- Berkongsi cerita dan concern dengan jiran, teman sekerjaya, kenalan baharu dan mahu pun perkongsian di media sosial.
7- Mendidik anak-anak dan generasi muda agar bercita-cita tinggi, bersungguh-sungguh untuk menyumbang kepada kejayaan umat.
8- Jaringan hubungan dengan mereka yang berpengaruh seperti tokoh dan pemimpin masyarakat, media, hartawan, hubungan antarabangsa dsb.
Walau pun kita mungkin tidak dikenali ramai, namun masih banyak yang boleh kita sekeluarga sumbangkan untuk kejayaan mereka yang mewakili kita untuk membebaskan al Aqsa dan bumi Palestin.
Semoga Allah tambahkan kekuatan barisan mujahidin bersama kekuatan dari langit bagi menumbangkan musuh yang angkuh lagi durjana.
Semoga Allah pilih kita di kalangan mereka yang berjuang untuk agama yang benar ini, sehingga Islam menang atau kita pergi dahulu dalam penghujung yang mulia.
Zainur Rashid Z
Hari ke-34, Taufan al Aqsa
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM