Meringkuk dalam sebuah penjara besar yang disekat bekalan makanan, elektrik dan ubat-ubatan adalah derita. Di tambah dengan situasi perang yang diteruskan memasuki tempoh 2 bulan memburukkan lagi situasi dengan konsep rumah hangus rejim Zionis.
Yang paling menyeramkan adalah ketibaan musim sejuk yang akan menambahkan derita rakyat Palestin dalam situasi kritikal ini. Inilah epic humanitarian catastrophe seperti yang diperkatakan oleh penganalisis politik mengenai realiti di Gaza kini.
Data menunjukkan bahawa musim sejuk akan menambahkan bilangan kematian dalam kalangan rakyat Palestin terutamanya di Gaza. Menurut laporan UNRWA, penyakit kulit dan cirit-birit telah meningkat secara mendadak akibat daripada keadaan tidak bersih serta diburukkan lagi oleh hujan yang ada.
Dengan lebih 1 juta rakyat Gaza yang hilang tempat tinggal akibat serangan bom bertali arus oleh rejim Zionis, situasi akan menjadi lebih buruk dengan ketibaan musim sejuk. Ketiadaan bekalan air bersih, ubabt-ubatan, pakaian tebal, tempat berteduh menyeebabkan situasi di Gaza lebih genting.
Dalam laporan UNRWA juga, sesetengah tempat sekitar Gaza mempunyai kadar penyakit 45 kali ganda lebih tinggi daripada tahun-tahun sebelumnya. Mereka hanya menunggu masa sebelum mula mati akibat kepungan dan kekurangan asas akibat musim sejuk, bukan hanya kerana pengeboman yang berlaku.
Bantuan musim sejuk kepada penduduk Gaza perlu disegerakan. Lebih lewat bantuan ini disalurkan, bermakna lebih ramai nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah akan dikorbankan.
Mereka akan terkorban samada akibat pengeboman atau wabak penyakit dan kebuluran. Jika kita tidak dapat menghantar bantuan kemanusiaan, maka siapakah lagi yang mahu membantu saudara seislam kita sendiri disana?
Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM