Sejarah mengajar kita bahwa wanita yang hebat semestinya berada dibelakang lelaki yang hebat.Pemberi sokongan dan penyumbang keteguhan.Semuanya ini telah tersenarai dalam lipatan sejarah yang dinukilkan dalam kitab-kitab sejarah.
Ummahat Mukminat Khadijah binti Khuwailid qudwah buat kita dan wanita Palestin. Tokoh yang tidak asing lagi ini adalah wanita pertama yang beriman kepada Allah dan merupakan tulang belakang Rasulullah Sallahu alaihi wasallam, bermula dengan menjadi pendengar setia, penasihat khas, pendokong yang berwibawa dan penyumbang harta yang cemerlang.Semua pengorbanan ini bermula daripada awal perjuangan sehinggalah ke akhir hayat beliau.
Bagi wanita Palestin, mereka telah didendangkan tentang kehebatan Khadijah dalam perjuangan kehidupan mereka dari generasi ke generasi.Inilah tokoh yang menjadi qudwah di sepanjang kehidupan mereka.Merasai kebangaan jiwa dalam menghadapi realiti pahit manis perjuangan.
Bayangkan situasi ini,ketika seorang ibu di Palestin yang tegap berdiri di sisi jenazah anaknya yang syahid, seraya mengucapkan, “ selamat dan tahniah wahai anakku di atas pilihan Allah ini,dan ketahuilah wahai anakku bahawa inilah impian ibumu! Segala puji bagi Allah kerana menerima pengorbanan penat lelah ibu dalam mendidik dan mentarbiahmu.”
Ibu tadi tetap berdiri diatas batu-batu runtuhan bangunan,sambil meletakkan tangannya ke atas batu yang hancur,dengan yakin mengatakan, bahawa batu-batu inilah juga yang akan membina semula bangunan yang hancur ini. Kami akan tetap istiqamah dibumi ini,dan tidak akan meninggalkan bumi barakah ini,walaupun nyawa kami jadi tebusan korban.
Ya,wanita Palestin memang hebat.Anak-anak mereka dibesarkan dalam erti penentangan dan perjuangan.Menjadi kewajipan mereka untuk mempertahankan tanah Palestin, yang juga tanah wakaf umat Islam.Dengan nekad mereka berkata, “kami adalah generasi perjuangan dan kami tidak akan meninggalkan bumi barakah ini. Bagi kami mati syahid adalah cita-cita paling tinggi dalam hidup kami.Jika nyawa kami dijadikan sebagai tebusan pun kami sanggup korbankannya.”
Benih jihad telah ditanam dalam jiwa anak-anak di Palestin.”Al Aqsa Di Hati Kami”.Anak kunci rumah yang mereka warisi dari datuk moyang mereka tetap menjadi simbol kemenangan.
Wanita Palestin walaupun menderita kesakitan dalam peperangan tetap tidak menunjukkan kelemahan, apa lagi kekalahan.Lihatlah gambar-gambar yang kita tonton semuanya mereka berada dalam situasi yang amat membanggakan.
Inilah wanita Palestin yang cekal sebagai simbol ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi penjajah Isre..l.
Ustazah Hayati Zari
Penyelidik Majlis Ulama Isma (MUIS)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM