BANGI, – Jangan menyekat atau membeku bantuan yang sepatutnya diberikan kepada umat Islam di Semenanjung Gaza, apatah lagi tatkala rakyat Palestin semakin teruk dizalimi rejim pengganas Israel.
Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, menjadi tugas seorang muslim untuk membantu saudaranya yang dizalimi, meskipun hanya dari jauh.
Beliau berkata, beberapa peranan masih boleh dimainkan umat Islam di negara ini seperti mendoakan, memberikan sumbangan dan menjalankan kempen memboikot produk yang menyokong kezaliman selaras hadis Rasulullah ﷺ yang mendidik muslim membantu saudaranya dari jauh.
“Semakin hari, pembantaian yang dilakukan semakin mengerikan. Dikatakan beberapa sumber media menyebutkan bahawa tentera penjajah telah mula menangkap orang awam dan dilaksanakan pembunuhan beramai-ramai.
“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk teruskan berdoa, memberikan bantuan malah melaksanakan boikot terhadap golongan yang membantu kepada kezaliman,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Serangan tentera pengganas Israel yang berterusan selama lebih dua bulan sejak 7 Oktober lalu, sudah mengorbankan lebih 17,700 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Tanpa gencatan senjata dan kepungan ketat rejim di wilayah itu, rakyat Gaza berdepan risiko lebih buruk, dengan bekalan makanan tidak mencukupi dan bantuan kemanusiaan disekat menjelang musim sejuk. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM