Jangan peluk Islam macam masuk pawagam – Mufti Pulau Pinang

Georgetown: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan undang-undang berkaitan memeluk agama Islam perlu disemak semula bagi tujuan penambahbaikan khususnya Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang supaya kelompongannya dapat diatasi.

Wan Salim berkata, perkara itu perlu mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak bersangkutan seperti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) bagi memperkemaskan lagi undang-undang sedia ada.

“Saya juga mencadangkan supaya pendaftar mualaf di jabatan agama tidak segera mendaftarkan seseorang yang memohon bagi menukarkan agamanya kepada Islam sehingga dapat dipastikan keikhlasan dan keseriusannya terlebih dahulu.

“Sebaiknya, setiap calon mualaf hendaklah diwajibkan mengikuti kursus berdasarkan modul yang disediakan oleh JHEAIPP sebelum didaftarkan sebagai bertukar kepada agama Islam secara rasmi, ” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Wan Salim turut menasihati mana-orang bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam supaya berfikir panjang.

“Tiada siapa yang memaksa anda menjadi seorang Muslim, namun apabila sudah menerima Islam sebagai anutan maka wajib memeliharanya dengan kekal menjadi seorang Muslim yang taat sepanjang hayat.

“Demi memelihara imej agama suci ini, kita tidak suka mana-mana individu memperkotak katikkannya selain menyamakan memeluk Islam ibarat memasuki pawagam dan boleh keluar sesuka hati,” katanya lagi. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts