Bagaimanakah kita habiskan usia semasa di dunia?

Umur yang dipinjamkan Allah SWT kepada kita mesti dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencapai redha Allah.

Kita pasti akan ditanya nanti di akhirat, bagaimanakah kita habiskan usia semasa di dunia? Adakah dalam ketaatan dan perjuangan atau dihabiskan dalam kelalaian dan maksiat?

Kerana itu antara yang membantu untuk kita kekal istiqamah dalam melakukan kebaikan adalah dengan sentiasa berada dalam lingkungan orang-orang yang soleh.

Sebagaimana seruan Nabi SAW untuk kita memilih teman yang baik kerana mereka akan juga menjadi peneman di akhirat nanti.

Antara fadhilat dan kelebihan berdamping dengan orang-orang soleh adalah ianya membantu untuk mengingati Allah SWT.

Hadis Rasulullah SAW: Wali-wali Allah SWT itu adalah mereka yang jika kamu melihatnya, nescaya akan terus mengingatkan diri kepada Allah. (Hadis Hasan)

Pesanan salafussoleh: 2 perkara yang berharga di dunia ini:

  1. Solat berjamaah
  2. Pertemuan dengan sahabat yang baik
    (Kitab Hilyatil Auliya’)

Pesan Imam Asy-Syafie:
Kalau bukan kerana bangun malam di waktu sahur (untuk bermunajat) dan bersahabat dengan al-akhyar (orang-orang soleh), aku tidak mahu lagi tinggal di dunia ini.

Jiwa manusia sentiasa berbolak-balik, moga ianya tetap dalam ketaatan sehingga hari kita bertemu Allah SWT nanti.

Ust Shuhaib Ar-rumy Selamat
Presiden ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts