Galak pakai pelitup muka jika ke masjid

PETALING JAYA: Umat Islam digalakkan memakai pelitup muka jika mahu ke surau atau masjid ekoran peningkatan semula kes Covid-19.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, sejarah masa lampau ketika pandemik Covid-19 harus dimanfaatkan untuk menentukan apa yang perlu dilakukan masa kini.

Justeru,katanya, tidak perlu mana-mana pihak mempertikai atau menyindir mereka yang memakai pelitup muka itu.

“Jaga diri dan jaga ke­selamatan masing-ma­sing serta keselamatan orang lain. Selain itu, atas prinsip hormat, kena jaga kemaslahan dan inisiatif orang lain.

“Jangan ada orang pakai pelitup muka, kita kata macam-macam. Apa salahnya kalau pakai pelitup muka sebab batuk dan demam? Supaya sahabat di sebelah­nya tidak berjangkit.

Apabila ada orang memilih untuk pakai dan tidak pakai, jangan saling tuduh-menuduh seolah-olah orang itu ekstrem atau terlalu longgar. Buatlah langkah-langkah pengawalan yang sesuai untuk diri sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, jurucakap Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ketika dihubungi berkata, jabatan itu sedang mempertimbangkan cadangan pe­nguatkuasaan pemakaian pelitup muka di masjid memandangkan kes Co­vid-19 yang semakin me­ningkat.

Namun, buat masa ini saranan supaya jemaah mengamalkan langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19 dengan memakai pelitup muka khususnya bagi mereka yang bergejala serta be­risiko tinggi seperti warga emas sudah memadai. – UTUSAN

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts