1. Channel 13 (TV Israel) melaporkan pada 21 Disember yang lalu bahawa pasukan elit Israel yang dikenali sebagai Briged Golani secara rasminya telah berundur dari Gaza selepas 60 hari berjuang.
Pengunduran unit elit tentera yang dikenali sebagai Briged Golani ini benar-benar menjadi tanda tanya dalam kalangan penganalisis. Ramai penganalisis melihat, pengunduran tentera elit ini adalah petanda awal kekalahan misi tentera penjajah.
2. Siapakah dia unit elit Golani ini? Pakar penganalisis ketenteraan, Mejar Jeneral Fayez al-Duwairi menjelaskan kepada al-Jazeera News bahawa Briged Golani merupakan pasukan tentera Israel yang paling istimewa, terdiri daripada 8 batalion – 4 batalion kereta kebal, 2 batalion infantri, satu batalion pasukan payung terjun, satu batalion artileri, sebagai tambahan kepada bekalan dan operasi penyelenggaraan.
3. Dalam misi memasuki Syujaiyyah, mereka telah mengalami kekalahan yang teruk. Bukan sekadar kalah, komander pasukan mereka turut terbunuh. Tujuh tentera Golani, termasuk dua pegawai berpangkat tinggi telah terbunuh, apabila pejuang Hamas menyerang hendap pasukan ini di al-Shujaiya,
4. Jumlah ini termasuk Kolonel Tomer Grinberg, komander Batalion ke-13, dan Kolonel Izhak Ben Basat, ketua pasukan komando hadapan ketua Briged Golani. Video Grinberg tular sebelum ini dalam sebuah rakaman video yang menghimpunkan tenteranya di utara Semenanjung Gaza dan menjanjikan kemenangan kepada mereka. Batalion ke-13 juga kehilangan Mejar Roei Meldasi, seorang komander kompeni dalam serangan hendap yang sama.
5. Sembilan hari selepas serangan hendap bersejarah yang menghancurkan askar dan pegawai dari Batalion ke-51 dan ke-13 Golani, tentera penjajah Israel telah memutuskan untuk menarik keluar Batalion ke-13 yang telah dibantai teruk dari Semenanjung Gaza untuk “regroup and rest.”
6. Mengulas pengunduran ini, Jeneral bersara Israel, Moshe Kaplinsky berkata, minggu ini bahawa Briged Golani kehilangan 88 askar sejak 7 Oktober. Menurut pesara jeneral itu, 72 terbunuh pada hari pertama perang – berjumlah satu perempat daripada keseluruhan briged.
7. Wartawan Israel, Hanan Greenwood, yang memasuki Shujaiya bersama tentera dari Briged Golani, menyifatkan kawasan pertempuran Syujaiyyah itu sebagai antara “sasaran paling kukuh yang dihadapi Golani sejak permulaan perang”.
8. Menurut Jeneral Duwairi, keputusan untuk menarik Briged Golani, atau unit Golani, keluar dari Gaza berkemungkinan akan memburukkan lagi semangat tentera Israel, yang masih belum mencapai sebarang matlamat yang diisytiharkan oleh majlis perang Benjamin Netanyahu.
9. Teruskan memberi sokongan, perkukuhkan sekatan ekonomi dan doakan saudara kita. Yakinlah bahawa bantuan Allah itu semakin dekat. Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)