Tali Islam jihad menyatukan ummah: Khutbah Jumaat

solat-jumaat-masjid-sultan-mizan

 

BANGI, Jumaat – Persaudaraan atas tali Islam adalah elemen yang sangat penting dalam menyatukan ummah bagi memastikan keharmonian, kemerdekaan dan kedaulatan negara terus kekal.

Menerusi khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, umat Islam diseru untuk terus berpegang teguh dengan tali persaudaraan Islam kerana diyakini menjadi penguat antara satu sama lain.

“Persaudaraan itu akan semakin Kukuh umpama dalam satu binaan walaupun dirintangi pelbagai cabaran yang cuba menggagalkan usaha kemajuan serta membangkitkan isu-isu perpecahan di antara masyarakat Islam.

“Hal ini telah dirakamkan melalui firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 10 yang membei maksud, ‘Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat’,” kata kenyataan khutbah itu.

Dalam masa yang sama, khutbah Jumaat hari ini turut mengingatkan setiap umat Islam yang mereka wajib mengetahui bahawa mengukuhkan tali persaudaraan adalah jihad yang membawa penyatuan, bukannya perpecahan.

“Dengan itu, dapatlah kita mengalahkan segala musuh terutamanya musuh yang ada dalam diri kita iaitu nafsu dan godaan syaitan. Selain itu, kita juga hendaklah menjauhkan diri dari jalan-jalan yang boleh membawa kepada ekstremis, taksub, berpecah-belah, tidak berakhlak dan seumpamanya,” katanya.

Justeru, sempena awal Muharam ini, hijrah banyak mengajar kita makna perpaduan.

“Lihat sahaja bagaimana kejayaan Rasulullah SAW dalam menyatukan Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang kepada Allah SWT.

“Ini kerana Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dilakukan kerana Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam.

“Bahkan jika dilihat dari sudut era globalisasi, hijrah itu merangkumi perubahan dan penghijrahan dari pelbagai aspek iaitu dari sudut fizikal, minda, sikap, hati, selain persekitaran dan sebagainya. Perubahan ini mampu mengubah keadaan hidup sama ada dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan taraf hidup.

“Kini, negara kita telah mengalami banyak perubahan dan pencapaian dari satu peringkat kepada peringkat yang lain yang lebih baik dan cemerlang. Yang pasti, ia memberikan lebih banyak keberkatan dan kesejahteraan serta dapat pula dimanfaatkan bagi kepentingan hidup di dunia ini dan bekalan di akhirat nanti,” kata kenyataan khutbah itu lagi. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Sedekah secara rahsia

  1. PADA September yang lalu, Pusat Penyelidikan Islam (Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah) dibawah seliaan al-Azhar telah ditanya berkenaan…