Tidak usah normalisasikan pluralisme

1. Melalui ciapan aplikasi X yang telah dihantar oleh YB Nga Kor Ming tersebut, kita dapat melihat dengan jelas bahawa beliau sangat tidak mengormati sensitiviti masyarakat Malaysia yang beragama Islam khususnya orang melayu.

Kenyataan beliau yang menyebut perkataan “Ilahi” tersebut jelas mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam itu sendiri. Kerana di sisi Allah SWT agama Islam adalah agama yang satu-satunya diredhai di sisi Allah SWT dan agama-agama lain, Allah SWT sama sekali tidak meredhainya.

2. Kita semua maklum bahawa bagi orang bukan Islam, mereka tidak akan sebut “Ilahi” jika mereka mahu sebut tuhan. Orang Kristian akan sebut tuhan mereka sebagai “Jesus”, dan kalau orang Hindu akan sebut “ Siva atau Rahma”.
Manakala bagi orang Islam, perkataan “Ilahi” adalah jelas merujuk kepada Allah SWT iaitu tuhan yang dipercayai di dalam agama Islam.

3. Di sisi orang Islam, perayaan keagamaan yang bukan milik orang Islam adalah jelas ditegah untuk dihadiri atau diraikan. Namun begitu, beliau seolah-olah sedang membawa suatu  arus dan usaha normalisasi pluralisme samada secara tersurat atau tersirat iaitu beliau cuba untuk menyamakan semua tuhan yang ada di sisi semua agama.

4. Selain itu, tindakan beliau tersebut adalah seolah-olah cuba untuk menukarkan identiti negara ini yang sedia ada iaitu Islam sebagai agama persekutuan. Usaha normalisasi tersebut seakan-akan menggambarkan bahawa  tidak ada masalah untuk melanggar identiti kenegaraan yang sedia ada iaitu identiti kenegaraan Islam yang memberi larangan yang tertentu atas kalimah yang tertentu untuk mengelakkan kekeliruan.

Namun sekali lagi, apabila beliau cuba merojakkan perkara itu, seolah-olah ada usaha secara tersirat untuk menentang identiti kenegaraan yang sedia ada.

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Setiausaha Agung
Majlis Ulama Isma (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts