Bangi – Palestin tidak perlu kepada bantuan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) seandainya negara Islam dan Arab sedar tanggungjawab mereka.
Penasihat Hubungan Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Sharipudin Ab Kadir percaya negara-negara itu lebih mampu untuk membantu saudara mereka di Gaza.
Namun agak mengecewakan apabila melihat pemimpin mereka yang terlalu tunduk dan takut kepada Barat.
“Kelengkapan tentera negara Arab dan Islam hanya untuk sambut hari kebesaran negara masing-masing bukan dilatih untuk berperang.
“Kegagahan mereka hanya untuk lakonan dan pentomen,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkembangan semasa yang mana beberapa negara memutuskan untuk menggantung pembiayaan terhadap UNRWA susulan dakwaan kakitangannya terbabit dalam serangan ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.
Terdahulu, sembilan negara Eropah mengumumkan untuk mengantung sementara pemberian dana kepada UNRWA.
Negara terbabit adalah Australia, Kanada, Finland, Jerman, Itali, Belanda, Switzerland, United Kingdom dan Scotland.
Ireland dan Norway bagaimanapun menyatakan sokongan berterusan untuk UNRWA.
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM