7,000 penduduk Gaza derita penyakit berjangkit

Kira-kira 7,000 penduduk Gaza kini menderita penyakit berjangkit termasuk penyakit kulit, jangkitan cirit-birit dan jaundis akibat kesesakan di tempat perlindungan, kekurangan makanan serta tiada rawatan sewajarnya.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Ashraf Al-Qudra berkata, kira-kira dua juta penduduk hilang tempat tinggal terpaksa berlindung di pusat perlindungan yang sesak, apatah lagi ketika musim sejuk.

Jelasnya, kementerian telah membuka 47 pusat perubatan berhampiran pusat perlindungan di Rafah dan menggesa institusi antarabangsa untuk segera campur tangan.

Ashraf turut mendesak supaya lebih banyak pusat perubatan dan ubat-ubatan disediakan, terutama untuk golongan berpenyakit kronik, wanita hamil dan kanak-kanak.

Beliau juga menggesa peruntukan pasukan perubatan dan hospital lapangan untuk menyokong sistem kesihatan dalam menyelamatkan nyawa mereka yang cedera akibat pencerobohan rejim Israel.

Serangan tanpa henti rejim Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal, di tengah-tengah krisis bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Bahkan, pencerobohan rejim juga mengakibatkan 60 peratus daripada infrastruktur di Semenanjung Gaza rosak atau musnah.- Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts