Melayu Islam perlu bersatu pertahankan identiti negara

  1. Merujuk kepada tindakan YB Nga Kor Ming yang mencadangkan agar Kampung Baru Cina di Selangor dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah jelas memprovokasi hak-hak dan senstiviti bangsa Melayu. Tindakan beliau itu kelihatan bersifat berat sebelah kerana hanya memenuhi keinginan orang Cina sebaliknya mengetepikan hak orang melayu yang jauh lebih memerlukan.
  2. Persoalan yang boleh ditimbulkan, adakah YB Nga Kor Ming tidak mengetahui sejarah asal-usul “New Village” itu? Jika beliau mengetahui sejarah asal tersebut, maka jelas tindakan beliau itu dilihat seolah-olah berniat untuk mengubah kedudukan status asal dan identiti negara ini yang sudah termaktub di dalam perlembagaan.
  3. Jika penempatan tersebut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, ia tidak menafikan sejarah gelap berkaitan asal -usul penubuhan “New Village” itu yang dibina oleh penjajah British untuk menyekat orang Cina pada ketika itu daripada memberikan sokongan kepada Parti Komunis Malaya(PKM).Tidakkah beliau mengetahui sempadan-sempadan yang perlu dijaga supaya tidak tercetusnya prejudis dan polemik perkauman?
  4. Muafakat Ilmuan Islam (MUIS) menyeru kepada orang Melayu Islam agar sedar bahawa hak dan sesitiviti mereka sedang dihakis dan dicabar. Peristiwa sebegini bukanlah berlaku kali pertama, tetapi sudah kita dapat lihat melalui siri-siri tindakan provokasi dan campur tangan pihak mereka yang lalu, seperti mencadangkan perlantikan jawatan kuasa bukan Islam di dalam hal-ehwal Mahkamah Syariah, penggunaan kalimah “Ilahi” dalam ucapan perayaan agama bukan Islam dan banyak lagi kes yang selalu mencetuskan provokasi terhadap umat Islam.
  5. MUIS menyeru agar semua umat Islam bersatu teguh mempertahankan agama, bangsa dan negara. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT,

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
Maksudnya: “Berpegang teguhlah kamu seluruhnya dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.”
(Surah Ali Imraan, ayat 103)

وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللّٰهَ اِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ
Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”
(Surah Al-Maidah, ayat 3)

  1. Kita ingin tegaskan bahawa tindakan membiarkan isu ini tanpa rasa cakna dan peduli hanyalah akan menyebabkan hak-hak dan senstiviti bangsa Melayu dan agama Islam akan terus ternodai. Allah SWT menyuruh kita agar tolong-menolong di dalam perkara kebaikan, dan itu termasuklah mempertahankan agama dan bangsa. Jika kita tidak berbuat demikian dan hanya membiarkannya tanpa rasa cakna dan peduli, dikhuatiri kita akan termasuk di dalam golongan yang saling tolong-menolong dalam perkara kemungkaran.

Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts