Trend normalisasi perlakuan dosa, maksiat di media sosial membimbangkan

BANGI – Khutbah Jumaat menzahirkan kebimbangan terhadap suatu trend yang menormalisasi perlakuan dosa dan maksiat, sehingga golongan pelakunya dijadikan pempengaruh media sosial dalam kalangan sesetengah anak muda.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam khutbahnya berkata, trend menyedihkan itu turut menonjolkan mereka yang terbabit gejala negatif tanpa segan silu mendedahkan aib dan menularkannya di media sosial.

“Amat menyedihkan apabila melihat sensitiviti umat Islam hari ini terhadap perbuatan dosa dan maksiat semakin hilang.

“Ini suatu trend yang membimbangkan kerana membawa kepada normalisasi terhadap perlakuan dosa dan maksiat, seolah-olah ia dianggap sebagai perkara yang kecil,” katanya.

Khutbah menegaskan, perbuatan yang membawa maksiat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta melayari laman web tidak senonoh mesti diperangi habis-habisan.

Justeru, dalam usaha menangani normalisasi perlakuan maksiat dan dosa khususnya berleluasa di media sosial, Jawi menggesa pihak berwajib memantau serta mengawal segala aktiviti di platform berkenaan, termasuk bertindak tegas dalam isu itu.

Pada masa sama, khutbah menasihatkan bahawa ia turut menjadi tanggungjawab sosial kepada setiap warganegara untuk cakna dan turut serta membasmi perkara ini.

“Sekiranya tanggungjawab ini dilaksanakan oleh semua umat Islam, tentulah maksiat dan kemungkaran itu dapat dibendung, tidak lagi dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat yang kurang ilmu pengetahuan agama,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts