Aman Palestin berjaya siapkan 3 projek mega di Syria bernilai lebih AS$1 juta


PADA tahun 2023, Aman Palestin telah dikejutkan dengan pembekuan akaun Aman Palestin Berhad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam. Sehingga ke hari ini, akaun Aman Palestin masih terus disekat ketika rakyat Gaza terus menderita akibat kekejaman rejim zionis.


Pembekuan akaun Aman Palestin yang berlangsung sehingga ke hari ini tidak menghalang Aman Palestin untuk terus berbakti buat rakyat Palestin, Syria dan Yaman.


Alhamdulillah, sebanyak TIGA projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria telah selesai dibina meskipun berada dalam tempoh sekatan akaun.
Ketiga-tiga projek ini dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria yang memperuntukkan sebanyak AS$1,048,612 dan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut. Projek yang didirikan adalah:

🔸 Projek Saluran Air Bersih Dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus
jangka masa projek: 15 bulan – 01/09/2022 – 30/11/2023
Peruntukan: AS$659,000
🔸 Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab
jangka masa pembinaan: 7 bulan – 01/05/2023 – 30/11/2023
Peruntukan: AS$130,000
🔸 Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus
jangka masa pembinaan: 18 bulan – 01/07/2022 – 31/12/2023
Peruntukan: AS$259,612


Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak AS$400,000 untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.


Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana.


Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.


Pada masa sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan daripada kita untuk terus hidup
“Kelestarian hidup dengan menjaga Agama, Nyawa, Akal, Keturunan dan Harta adalah tunjang kehidupan. Ia wajib dipelihara dan diperjuangkan oleh kita semua. Alhamdulillah walaupun ujian melanda, beberapa projek mega Aman Palestin dapat juga disempurnakan di bumi Syria.


“Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab dan komitmen kita. Terima kasih para penyumbang. Perjuangan tanpa noktah”, ujar Ustaz Muhd Farhan Muhd Fadhil, Pengurus Projek dan Komunikasi Korporat Aman Palestin.


Aman Palestin

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts