Mesir tak pernah tutup sempadan Rafah dengan Gaza: El-Sisi

Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi mendakwa negaranya tidak pernah menutup sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza, di tengah-tengah perang dahsyat Israel ke atas wilayah itu.

“Mesir tidak pernah menutup pintu sempadan, tetapi untuk memberikan bantuan dalam situasi konflik, adalah penting untuk memastikan tiada masalah timbul ketika pelaksanaannya,” dakwa el-Sisi.

Dia turut mendakwa harapannya supaya gencatan senjata dipersetujui di Semenanjung Gaza untuk memastikan operasi bantuan kepada penduduk.

El-Sisi turut menekankan bahawa Mesir akan terus menyokong perjuangan sehingga penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara berdasarkan sempadan 1967.

Rundingan antara Hamas dan Israel – di mana Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat sebagai orang tengah – sedang berlangsung untuk mencapai persetujuan gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tahanan serta tebusan dan bantuan kemanusiaan intensif.- Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts