Bagaimana sahabat menyambut ramadan?

1. Persediaan dalam menyambut Ramadan ini bukan sahaja boleh di dapati melalui hadis-hadis Nabi, malah berdasarkan beberapa riwayat, para sahabat turut bersedia untuk menyambut Ramadan.

2. Sebagai contoh, apabila datangnya Ramadan, Saidina Umar dikatakan akan menghidupkan lampu-lampu menerangi masjid-masjid. Beliau juga menghidupkan masjid dengan bacaan al-Quran. Perbuatan beliau dipuji Saidina Ali. Kata Saidina Ali:

نَوّرَ الله لَكَ يَا ابْنَ الخَطَّاب فِي قَبْرِكَ كَمَا نَوَّرتَ مَسَاجِدَ الله بِالقُرآنِ

“Mudah-mudahan, Allah menerangi kuburmu wahai Umar Ibn al-Khattab seperti mana engkau menerangi masjid-masjid Allah dengan al-Quran.” (Kanz al-ʿUmmāl, no: 23477)

3. Manakala Saidina Anas ibn Malik pula berkata, apabila masuknya Syaaban, kaum Muslimin akan menyemak semula mushaf (al-Quran) mereka sebagai persediaan untuk Ramadan. Kata Anas:

كَانَ المسْلِمُوْنَ إِذَا دَخَلَ شَعْبَان انْكَبُّوا عَلى المصَاحِف فَقَرَءُوهَا

“Sesungguhnya orang Muslim itu, apabila masuknya Ramadan, mereka akan menekuni mushaf al-Quran mereka lalu mereka membacanya (sebagai persediaan untuk Ramadan). (Laṭāif al-Maʿārif, 1/135)

4. Persiapkan diri kita dengan kesungguhan dalam melakukan amal soleh. Mudah-mudahan Allah memberikan kita kekuatan untuk beramal di bulan Ramadan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts