Apakah yang dimaksudkan dengan Ramadan?

  1. Dari segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (رمض) yang membawa maksud panas yang sedang semakin hangat. Kata al-Imam al-Qurtubi:

وَرَمَضَانُ مَأْخُوذٌ مِنْ رَمَضَ الصَّائِمُ يُرْمَضُ إِذَا حَرَّ جَوْفُهُ مِنْ شِدَّةِ الْعَطَشِ

“(Kalimah Ramadan itu) diambil dari perkataan (ramaḍa iaitu) yang membawa maksud kepanasan yang dilalui oleh orang yang berpuasa itu iaitu ketika hangatnya organ perutnya kerana terlalu haus.” (Tafsir al-Qurṭubi, 2/290)

  1. Dalam hadis Nabi, Rasulullah turut menggunakan perkataan “ramaḍa” yang membawa maksud panas. Sabda Rasulullah ﷺ:

صَلَاةُ الأوَّابِينَ إذَا رَمِضَتِ الفِصَالُ

“Solat al-Awwabin (Solat Duha) itu ketika waktu anak-anak unta kepanasan (kerana pasir yang panas)” (Sahih Muslim, no: 144-748)

  1. Memberikan penjelasan lanjut mengenai maksud Ramadan ini, al-Imam al-Qurṭubi menyatakan bahawa seakan-akan kepanasan ini meleburkan dosa melalui amalan soleh manusia. Ini dapat difahami melalui kata-kata beliau yang menyebutkan:

إنّمَا سُمّيَ رَمَضَان لِأنّهُ يرمض الذّنُوْب أي يَحْرُقَهَا بِالأَعْمَال الصَّالِحَة

“Dinamakan Ramadan kerana ia seakan membakar dosa melalui amal-amal soleh.” (Tafsir al-Qurṭubi, 2/290)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts