Jaga kesejahteraan ummah melalui penegakan syariat Islam

Sekalipun Islam meletakkan nilai serta semangat toleransi yang tinggi, Rasulullah SAW dilihat meletakkan sempadan yang jelas apabila sesuatu perkara itu melibatkan perkara aqidah, syariat serta kehormatan Islam.

Bukan semudah itu untuk menggunakan akal logik kita semata untuk mengatakan iman orang Islam sepatutnya cukup kuat untuk menidakkan tuntutan-tuntutan penegakan syiar dalam kehidupan masyarakat islam.

Tidak perlu menaikkan syiar dan menghebahkan ibadah qurban, merendahkan speaker azan di masjid atau surau mahupun penidakan terhadap usaha pencegahan maksiat adalah seruan-seruan atas dasar keharmonian yang tidak selari dengan tuntutan agama.

Peranan institusi Islam (masjid, surau, badan dakwah, dll) perlu dihormati dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat di negara kerana agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Sudah tentu tidak sama, jika kita kata kita boleh sahaja kekal beriman dan mengamalkan Islam di negara-negara luar yang bukan majoriti umat Islam.

Orang Islam perlu menghormati orang bukan Islam dan orang bukan Islam (ahlu zimmah) perlu menjaga perasaan (sensitiviti) umat Islam. Al-Qaradawi menjelaskan bahawa dengan itu tidak boleh bagi bukan Islam untuk mencerca Islam, Rasulullah dan al-Quran secara zahir.

Bahkan, bagi menjaga perlaksanaan muslim terhadap syariat Islam, beliau turut menegaskan bahawa makan secara terbuka di dalam bulan Ramadan juga seharusnya dikawal bagi menjaga sensitiviti umat Islam. (al-Qaradawi, 1992)

Dalam menghuraikan tanggungjawab orang bukan Islam yang tinggal di dalam komuniti Islam, al-Qaradawi pernah berhujah dengan satu insiden yang berlaku di antara seorang sahabat Nabi yang bernama ‘Arafah ibn al-Harith dengan seorang lelaki yang beragama Kristian. ‘Arafah telah mengajak lelaki tersebut untuk memeluk Islam, namun lelaki tersebut menolak dan mencerca Rasulullah SAW. Perkara ini diadukan kepada Amru ibn al-‘As, lalu Amru menjawab bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka adalah zimmi dan kita telah memberi perlindungan buat mereka. ‘Arafah membantah dan berkata: Kita memberi perlindungan kepada mereka selagi mana mereka redha dengan hukum-hukum Islam dan menghormati Islam.

Sekiranya mereka melanggari perjajian ini maka hak perlindungan mereka telah terlucut. Amru lalu berkata: Benar apa yang engkau kata. (Insiden ini direkodkan oleh al-Bayhaqi di dalam Sunan al-Kubara, 2009)

Semoga bulan Ramadan kali ini terus menjadi medan untuk kita menyucikan jiwa dengan sinar keimanan dan iltizam meninggikan kalimah Allah SWT di atas muka bumi. Seru keluarga kita untuk sama-sama memeriahkan pesta ibadah di bulan Ramadan dan zahirkan kebersamaan berterusan dengan umat islam khususnya di Palestin.

Hj. Muhammad Aizat Rasli
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts