Wanita dan sepuluh hari terakhir Ramadan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Segala puji bagi Allah, segala puji bagi orang yang mengharapkan rahmat-Nya dan tunduk patuh kepada perintah-Nya, dan semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada beliau yang diutus dengan rahmat, keampunan, petunjuk, dan cahaya.

Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin Aisyah RA

كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

Maksudnya, “Adalah baginda S.A.W beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan sehingga baginda wafat. Kemudian para isteri baginda turut beriktikaf selepas kewafatan baginda.” (Riwayat Muslim )

Saidatina Aisyah RA menjelaskan secara ringkas  dalam hadis ini tentang apakah agenda para Ummul Mukminin  dalam sepuluh hari terakhir.

Ia menunjukkan betapa mereka memuliakan masa yang diberkati ini sehingga mereka tidak menemui cara yang lebih baik untuk memanfaatkannya daripada  melazimkan iktikaf dengan pelbagaikan ibadah di dalamnya. Mengambil ilham daripada Nabi S.A.W

في حديث آخر قول النساء للنبي صلى الله عليه وسلم :(غَلَبنا عَلَيْكَ الرِّجالُ فاجْعَلْ لنَا يَوْماً مِنْ نَفْسكَ فَوَعَدَهُنَّ يَوْماً لَقِيَهُنَّ فيهِ فَوَعَظَهُنَّ وأمَرَهُنَّ)

Dalam hadis yang lain, disebutkan bahawa wanita berkata kepada Nabi SAW,

“Kaum lelaki mempunyai peluang lebih masa daripada kami untuk mengambil ilmu daripada kami untuk mengambil ilmu daripadamu,maka tentukanlah kami satu hari dari pihakmu sendiri untuk kami mempelajari sesuatu darimu.Maka Nabi SAW menentukan kepada mereka satu hari dimana beliau dapat menemui mereka,lalu Nabi SAW dapat menasihati dan menyuruh mereka tentang sesuatu.”

Ini adalah penjelasan tentang tingginya keazaman wanita dikalangan para sahabiyat. Mereka adalah qudwah buat kita wahai saudariku muslimah. Bersedialah kita jadi pengganti pewaris yang terbaik .

Adakah wanita hari ini berpuas hati dengan lelaki yang mendahului mereka meraih pahala yang berganda-ganda dalam sepuluh hari terakhir?!

Sepuluh hari terakhir adalah anugerah ilahi untuk seluruh hambaNya, lelaki dan wanita. Sesiapa yang melakukannya kerana iman dan mencari pahala akan diampuni dosanya yang telah lalu, Inilah yang sangat dicemburui oleh wanita.

Fenomena hari ini, wanita dalam masyarakat kita memikul beban rumah tangga, sama ada isteri atau ibu. Malah sebagai seorang kakak yang turut berperanan dan berkongsi melunaskan bebanan dalam sebuah keluarga.

Jika individu selain wanita di dalam rumah boleh berfikir tentang diri mereka sendiri dan hanya membeli apa yang menjadi milik mereka, tetapi tidak bagi Wanita.

Kerana wanita memikirkan tentang pakaian hari raya untuk semua ahli keluarga, tentang kelengkapan rumah, dan sebelum itu tentang menyediakan dan mengikuti sarapan pagi.

Jadualnya penuh dengan tugas; sampai terlupa diri dan kadang-kadang terlupa malam apakah ini dan berapakah tarikh hari ini!

Kemudian apabila dikatakan esok hari raya, kegembiraan hari raya bercampur baur di hatinya dengan kepedihan kerana tidak memanfaatkan malam-malam yang mulia.

Sebaliknya, dia mungkin melihat pakaian anak-anaknya dan gembira dengan mereka, tapi jiwamya sedih kerana dia berada di pasar pada malam kedua puluh tujuh Ramadan semasa membelinya.

Jadi apakah nilai malam-malam ini di hatimu wahai saudariku muslimah? Dan sepatutnya, anda wahai ketua rumah, di manakah peranan anda dalam perkara ini? Gesalah keluarga anda untuk memanfaatkan waktu ini.

Bayangkan kaum muslimin lelaki telah mengambil peluang keemasan ini dengan cara terbaik. Tetapi malangnya, dia tidak  menyarankan kepada keluarganya supaya turut mengambil kesempatan daripada peluang keemasan tersebut. Bahkan mereka mungkin memberikan kepada kaum wanita tugas-tugasan harian yang tiada kesudahan  pada malam-malam ini yang penting ini.

Saudari muslimah yang mulia, muliakanlah sepuluh perkara ini dalam hatimu, maka kemuliaan ini akan muncul pada zahir anggota badanmu.

Saudari muslimah yang solehah, sepuluh hari terakhir adalah lebih mulia dan lebih berharga daripada menghabiskan banyak masa di pasar.

Wahai adik-adikku yang solehah, bersungguh-sungguh di malam-malam terakhir ini tidak terhad kepada lelaki; oleh itu, perhebatkanlah persediaan untuk diri sendiri, kerana kita semua memerlukan belas kasihan Tuhan.

Saudariku yang solehah, jika kamu tidak berkesempatan solat bersama imam dengan solat berjemaah, maka hendaklah kamu membawa hatimu menyendiri dalam ketaatan kepada Allah, dan sedarlah malaikat tetap mencatat dan menyaksikan solatmu di rumahmu. Biarkan air mata ketakutanmu mengalir dan tingkatkan keinginan yang besar terhadap keampunan dan rahmatNya, kerana sesungguhnya ia akan dicatat dalam catatan perbuatanmu.

Wahai saudariku yang solehah: Kematian menuntut kita semua mendapat pembebasan dari neraka dan memasuki syurga adalah sebuah kemenangan besar, dan ini adalah peluang kita untuk mencapainya, insya-Allah.

 Renungilah sebuah firman Allah SWT,

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“setiap yang bernyawa akan merasakan kematian, tetapi kamu hanya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka, nescaya dia akan masuk ke dalam syurga, dan dia pasti menang, dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”(Surah Ali-Imran: 185)

Wahai saudariku yang mulia, sedarlah betapa ruginya jika kita terlepas dari mengambil peluang dalam masa-masa yang terhad ini.

Penulisan kali ini adalah sebagai sebuah peringatan buat kita, sebagaimana firman Allah SWT,

وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ

Yang bermaksud, “Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu pasti akan  memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman.”(Surah Az-Zariyat: 55)

Kesimpulan yang dapat kita renungi bersama adalah, pada dua puluh pertama Ramadan, kita dinasihatkan untuk berjimat cermat di meja sarapan kerana takut berlebih-lebihan dan membazir. Adapun sepuluh hari terakhir, sebab ketiga ditambah, iaitu rebutlah peluang dengan mengambil  setiap detik masa yang amat berharga pada sepuluh malam terakhir ini  dan pastikan urusan keluarga tidak mengganggu ibadah pada malam – malam terpilih ini.

Ya Allah, kurniakan kejayaan kepada kaum muslimin, lelaki dan wanita, untuk merebut juga malam istimewa yang penuh dengan keberkatan ini, serta mendapat nikmat-nikmat tersebut. Dan jadikanlah  kami semua termasuk di dalam golongan yang mengerjakan ibadah pada malam yang penuh kemuliaan ini dengan iman dan pengharapan untuk mendapat ganjaran pahala Allah SWT.

Ustazah Hayati Zari

Penyelidik MUIS

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts