Serangan Iran terhadap Israel

  1. Masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan adakah serangan terbaru Iran terhadap Israel adalah suatu yang didorong oleh perebutan kuasa atau sekadar propaganda seperti serangan yang dilakukan oleh Houthi Yaman dan bantuan melalui ‘air drop’ yang dilakukan oleh Jordan.
  2. Apa pun motif, mungkin noktah-noktah ini penting untuk kita memahami latar belakang apa yang berlaku sekarang.

a. Iran dan Israel adalah dua kuasa penjajah. Iran dengan projek ‘hilal syi’ie’ dan Israel dengan projek ‘Israel Raya’. Kawasan kedua-dua projek penjajahan ini sebahagian besarnya adalah kawasan yang bertindan.

b. Iran berjaya mempengaruhi Lubnan melalui Hizbullah, Yaman melalui Houthi, Syria melalui Basyar Asad pendokong Syiah Alawi dan Iraq melalui pimpinan Syiah yang menguasai Iraq selepas kejatuhan Sadam Husain. Manakala Israel berjaya mempengaruhi Mesir selepas perang 1973, Jordan selepas 90an, kemudian Emirate dan Bahrain. Sudan dan Morocco juga ada hubungan diplomatik kuat dengan Israel. Saudi pula dalam proses. Maknanya kedua-dua kuasa ini ada kekuatan masing-masing di rantau Arab.

c. Pertembungan antara kedua kuasa ini dari dulu tidak pernah menjejaskan bumi Israel atau bumi Iran. Sebaliknya yang sentiasa rosak dan musnah adalah tanah umat Islam di negara-negara Arab. Kemungkinan inilah yang akan terus berlaku seterusnya … wallahu a’lam.

d. Perselisihan antara dua kuasa penjajah ini adakalanya boleh meringankan beban Palestin kerana perselisihan itu melemahkan kedua pihak dan memberi ruang kepada Palestin ‘bertenang’. Tetapi adakalanya akan merugikan dan menekan lagi Palestin.

  1. Kita perlu perhatikan perkembangan terbaru ini dengan rapat kerana ia mungkin akan membawa peperangan Taufan Aqsa meluas ke dimensi baru.
  2. Jangan terlalu gembira sehingga menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Iran. Tidak pernah Syiah berbuat baik kepada negara sunni bila mereka dapat kuasa. Jangan jadi seperti pepatah Melayu ‘keluar mulut harimau masuk ke mulut buaya’.

Moga apa yang berlaku mengukuhkan kedudukan Islam di Palestin dan kemenangan akhirnya untuk Palestin.

Wallahu a’lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts