Jumaat – Khutbah Jumaat menegur umat Islam supaya tidak mudah terikut-ikut dengan cara dan gaya semasa yang dibuat demi kandungan media sosial.
Menyifatkan realiti itu membimbangkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, perasaan malu seolah-olah hilang dalam diri umat Islam, tidak kira lelaki atau wanita yang semakin berani menari serta menyanyi di khalayak ramai tanpa mengambil kira soal aurat.
“Bukan setakat itu sahaja, malah dirakam dan disebar pula di media-media sosial untuk tatapan awam.
“Pedoman dari surah al-Nur ayat 30 dan 31 wajar menjadi ingatan buat kita semua supaya tidak menzahirkan apa-apa jua perhiasan diri yang menjadi tarik ajnabi,” katanya.
Menurut khutbah, kemuliaan Syawal tidak wajar dicemari dengan perkara-perkara dosa dan mungkar, sebaliknya ia patut dirai mengikut garis panduan syarak.
“Saya menegur kerana saya sayangkan saudara-saudara sekalian kerana Allah SWT. Kehidupan ini sangatlah singkat dan kita harus menjalani kehidupan tanpa noktah masing-masing.
“Maka, bersedialah setiap masa dengan kematian yang sangat hampir dan usahlah bebankan diri dengan dosa dan kemurkaan Allah SWT,” katanya.
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM