Media wajar angkat sisi baik sekolah agama dan tahfiz, bukan cetus propaganda

BANGI- Keputusan SPM 2023 baru-baru ini menunjukkan prestasi Maahad Tahfiz sangat memberangsangkan.

Antaranya Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) berjaya mencatatkan 1.07 Gred Purata Sekolah (GPS) apabila seramai 23 calon daripada 56 calon berjaya memperoleh keputusan A+, A dan A-.

Di Terengganu, 17 hafiz al-Quran dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kuala Terengganu mencipta sejarah apabila memperoleh 12A.

Selain itu, seramai 11 pelajar mendapat 11A, 15 (10A) dan 17 lagi mendapat 9A daripada keseluruhan 85 calon yang menduduki peperiksaan di sekolah itu pada tahun lalu.

Ini sekali gus membuktikan nilai sahsiah di samping pembelajaran al-Quran yang diintegrasi dengan subjek lain ternyata mampu membentuk pelajar menjadi lebih sempurna dari segala aspek.

Timbalan Presiden ISMA, Haji Muhammad Aizad Rasli mengakui sedikit kesal kerana kejayaan-kejayaan ini kurang diangkat oleh media arus perdana.

Beliau memohon supaya media bijak membuat tapisan berita dengan tidak menimbulkan sekolah agama atau sekolah tahfiz dalam sisi buruk.

Haji Aizat memberi contoh peristiwa baru-baru ini yang melibatkan kes tembakan di lapangan terbang, media telah menonjolkan latar belakang penjenayah lulusan tahfiz sekolah pondok.

“Banyak lagi kes-kes lain yang menimbulkan sisi tahfiz dan sekolah agama ini walaupun tidak ada kaitan pun dengan intipati kejadian.

“Trend yang ingin memperlihatkan sisi negatif institusi tahfiz dan sekolah aliran agama berlaku secara terancang untuk menanamkan perspektif buruk masyarakat terhadap Islam.

“Inilah akhirnya menyerlahkan hakikat kehebatan pembelajaran agama yang ditenggelamkan, dan propaganda negatif institusi ini pula yang disensasikan,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts