Israel telah menggugurkan lebih 70,000 tan bom di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, jauh mengatasi jumlah yang digugurkan di Dresden, Hamburg dan London semasa Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pada akhir April, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med menganggarkan kira-kira 70,000 tan bom dijatuhkan ke atas Gaza, meliputi tempoh enam bulan antara 7 Oktober dan 24 April.
“Dianggarkan bahawa Israel telah menggugurkan lebih 70,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza selain daripada operasi pembersihan tanahnya, mengakibatkan kemusnahan semua bangunan pada jarak sehingga satu kilometer di timur dan utara Semenanjung untuk mewujudkan apa yang dipanggil zon penampan,” menurut organisasi pemantau hak asasi manusia yang berpangkalan di Geneva.
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM