Majulah wahai Yahya !
Permulaan fasa baharu bagi perjuangan pembebasan, dengan pelantikan Yahya Sinwar sebagai orang no. 1 HMS.
Persoalan asasi yang patut ditanya bukanlah siapakah yang menggantikan Ismail Haniyeh, tetapi adakah kita tersenarai sebagai anggota dalam perjuangan pembebasan ini?
Jika tidak, mari bersama lakukan persediaan. Bina kekuatan, hilangkan alasan, luaskan kefahaman, tingkatkan kemampuan, kurangkan keterikatan remeh temeh, dan tinggikan keazaman.
Jika Tuhan lihat pada kita ada kebaikan, Dia akan memilih kita untuk sertai projek pembebasan.
Ya, ia adalah pilihan Tuhan, bukan pilihan dan kriteria bersyarat buatan insan.
Manusia hakikatnya hanya mengambil sebab dan musabab, membina keserasian dan kelayakan, akhirnya jika Tuhan dapati ia setara, sesuai, setimpal, pilihannya tetap akan tiba.
Jika mahu dipilih-Nya, maka pilihlah Dia, dalam menetapkan segala penghujung matlamat. Jika mahu dipilih sebagai pejuang, pilihlah jalan perjuangan sebagai landasan kehidupan. Mudah-mudahan kita juga terpilih akhirnya.
Tuhan tidak pernah memungkiri janji, Dia juga tidak pernah dikalahkan dalam apa jua perbandingan.
“Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku datang kepada-Nya dalam berlari” – Hadis Qudsi
Wallahua’lam bissawaab.