MAKKAH – Pemerintah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal hari ini menyempurnakan upacara membersihkan Kaabah bagi pihak penjaga dua masjid utama, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Difahamkan Putera Khaled bersama pembesar negara akan membersihkan dinding di bahagian dalam Kaabah menggunakan kain yang dicelup ke dalam campuran air Zamzam dan haruman Oud.
Sementara itu, Kiswa iaitu kain yang menutupi Kaabah di sudut Hajar Aswad dan bahagian tepi Meezab (saluran air di atas kaabah) telah dihiasi dengan emas sejak semalam
Antara pengiring yang menemani Putera Khaled termasuk Ketua Umum Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais.
Antara lain menteri, ulama, penjaga Kaabah, anggota Kor Diplomatik Islam, penduduk tempatan dan jemaah juga turut serta dalam upacara permbersiahan kaabah. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my