Kebaikan dan tuntutan menyebarkan salam

successful-arab-business-people-shaking-hands-over-a-deal

 

Pagi itu pagi hari Isnin. Langit gelap yang tadinya disinari bintang kini semakin cerah dan terang. Suasana yang sunyi menjadi semakin mesra dengan kicauan burung yang merdu dan angin dingin yang bertiupan.

“Assalamualaikum” sapa ku kepada pemilik kedai runcit yang berada ditepi jalan. Memang menjadi rutin harianku untuk berjalan dijalan itu untuk menuju ke stesen bas untuk pergi ke universiti. Pakcik itu memandang keluar dengan raut wajah yang bersahaja sambil memegang segelas kopi. Dia hanya menjeling ku dan menjawab “waalaikumsalam”. Aku pun berlalu pergi dengan senyuman.

Keesokkan harinya, seperti pagi-pagi biasa aku akan melalui jalan itu untuk ke stesen bas. Kelihatan pakcik semalam sedang membersihkan lantai dihadapan Kedai runcitnya dengan menggunakan penolak air. Aku pun berselisih dengannya menyapa “Assalamualaikum”. Lalu dia menjawab salamku bersahaja “waalaikumsalam”. Aku pun bertanya “siapa nama pakcik?”. Lalu dia menjawab “nama aku Ibrahim”. Kini giliran aku pula untuk memberi tahu nama “nama aku pula Muhammad”. “Pakcik Ibrahim apa khabar?” sambung ku. Dia menjawab “Alhamdulillah, khabar baik”. Sekarang aku berasa sedikit mesra dan tidak kekok apabila terserempak dengannya, ditambah pula melihat garis senyuman di terzahir daripada hati yang bahagia.

Setelah saling bertanya khabar, aku menoleh kepala ku ke pergelangan tangan. Kelihatan jarum menunjukkan tepat pukul 7.30 pagi. Aku mempunyai kelas pada pukul 8.15 pagi lalu aku pun meminta izin untuk meneruskan perjalanan sambil mendoakan kesihatan pakcik itu.

Kini, hubungan aku dengan Pakcik Ibrahim semakin erat. Manakan tidak, setiap pagi aku akan berselisih dengan dia ketika dalam perjalan ke stesen bas. Pada mulanya seakan kekok memberi salam, sekarang tidak lagi. Seakan ada sesuatu yang istimewa dengan memberi salam ini.

Aku teringat akan sebuah hadis :

Dari Abu Hurairah r.a. berkata “ Rasulullah SAW bersabda : Demi Zat yang jiwaku didalam genggaman-Nya. Kalian tidak dapat masuk syurga hingga kalian beriman, dan kalian belum disebut beriman hingga kalian saling mencintai, Mahukah aku tunjukkan kepada kalian tentang sesuatu yang jika kalian lakukan, kalian akan saling mencintai? Sebarkan salam diantara kalian.”

-Hadis Riwayat Muslim

Daripada hadis diatas, kita fahami bahawa dengan memberi salam, rasa kasih sayang sesama muslim itu akan terbina.

Daripada hadis yang lain pula:

Daripada Abdillah bin Amru bin Al-As R.A. “telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : Apakah amalan Islam yang terbaik? Nabi bersabda : Memberi makan, dan memberi salam kepada sesiapa yang dikenali dan tidak dikenali.”

-Hadis riwayat Bukhari (12), dan Muslim (160)

Daripada Abdillah bin Salam RA berkata “aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, dan memberi makan, dan eratkanlah hubungan, solatlah diwaktu malam tatkala orang-orang masih tidur, nescaya kamu semua masuk syurga dengan selamat dan sejahtera.”

-Hadis Riwayat tirmidzi (2485), Ibnu Majah (3201)

Daripada hadis diatas pula, memberi salam menjadi tuntutan buat umat islam, bahkan antara amalan yang terbaik.

Memberi salam ialah ibadah sunnah. Sebarkan salam kepada orang Islam, sama ada kita mengenali mereka atau tidak. Jika kita hayati ucapan assalamualaikum, ianya bermaksud selamat sejahtera keatas kamu. Ianya ialah doa kepada orang yang kita ucapkan. Kemudian doa kita dibalas dengan doa orang mendengar pula, maka ianya satu perkara yang baik.

Sekian dahulu coretan kali ini, semoga bermanfaat.

Rujukan: Kitab Al-Azkar, bab kebaikan memberi salam dan tuntutan menyebarkannya.

Muhammad Naufal bin Muzafar Shah

Sumber: https://naufalgombak.wordpress.com/2016/10/21/kebaikan-dan-tuntutan-menyebarkan-salam/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts