Umat Islam seluruh dunia kecam serangan Syiah Houthi ke atas Makkah

misale

 

RIYADH – Serangan peluru berpandu balistik Syiah Houthi menyasarkan Makkah, kelmarin, mencetuskan kemarahan, bukan saja di kalangan rakyat Arab Saudi, tetapi juga umat Islam di seluruh dunia.

Peluru berpandu itu dilancarkan dari wilayah Saada di Yaman ke arah Makkah, tetapi dipintas dan dimusnahkan oleh pasukan tentera pakatan negara Arab, di mana laporan awal forensik mengesahkan peluru berpandu itu adalah buatan Iran.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kerosakan yang dilaporkan.

Pemimpin Islam dunia dan penulis Arab memberi komen segera yang mengecam kejadian itu, dengan menekankan bahawa serangan terhadap Makkah adalah ‘serangan ke atas umat Islam keseluruhan, bukan sahaja Arab Saudi’.

“Apa yang kita dapat perhatikan ialah serangan itu menyasarkan bukan saja Arab Saudi, tetapi seluruh umat Islam. Kita mempunyai jemaah yang datang sejauh Pakistan dan Malaysia yang menziarahi tanah suci Makkah untuk melakukan umrah dan haji,” kata penulis dan pengulas politik Bahrain, Sawsan al-Shaer.

Oleh itu, katanya, melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Makkah adalah tindakan ke atas semua negara yang mempunyai umat Islam.

“Rakyat Arab Saudi sudah mempelajari dan menjangkakan pelbagai perkara mengenai tindakan militan Syiah Houthi yang disokong Iran. Tetapi, serangan terhadap Tanah Suci yang dimiliki oleh seluruh umat Islam adalah sesuatu yang mengejutkan,” kata Pengarang Rangkaian Berita KSA9, Abdullah al-Zahrani.

Katanya, serangan itu mencetuskan reaksi dari negara Arab dan umat Islam, termasuk di Pakistan, Malaysia dan Albania yang memperkatakannya sehingga menjadi trend menerusi hashtag ‘Serangan ke atas Makkah’.

Dalam pada itu pemimpin Islam turut mengecam tindakan Syiah Houthi.

Presiden Lembaga Penasihat Syariah Kuwait, Dr Sayed Mohammed al-Tabtabai berkata, tidak ada umat Islam yang mampu mempertimbangkan untuk menyerang tempat suci seperti Makkah.

“Mereka ini bukan Islam yang sebenarnya. Hanya mahu memberi kerosakan kepada orang ramai dan Makkah,” katanya.

Mufti Besar Jerusalem, Muhammad Ahmad Hussein berkata, serangan terhadap Makkah adalah sesuatu yang amat berbahaya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts