BANGI – Serangan terhadap Mosul di Iraq dan Aleppo di Syria tidak jauh bezanya sebagaimana kita bayangkan.
Memang benar, kedua-dua bandar itu terletak di negara berbeza. Memang benar pasukan keselamatan Iraq berjuang menentang IS atau Daesh, sementara Tentera Arab Syria pula berjuang menentang gabungan kumpulan pembangkang Syria yang membentuk Tentera Aleppo.
Memang benar, Russia juga terbabit dalam kemusnahan Syria, manakala Amerika Syarikat (AS) sudah memusnahkan Iraq.
Tetapi atas keyakinan apa, Iran terbabit dalam kedua-dua pertempuran, sama ada di Mosul atau Aleppo? Manfaatnya bagi Syiah Iran ialah mereka dapat menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Itulah tujuan mereka.
Sekarang, tiada rahsia lagi bahawa Syiah Iran dan mullah mereka mendapat lebih manfaat daripada huru-hara yang ditinggalkan rancangan gila bekas Presiden AS, George W Bush, kononnya untuk membawa masuk demokrasi ke Iraq pada 2003.
Syiah Iran, setelah mewujudkan pertubuhan pengganas sejak lewat 1970-an, berjaya menyusup dan ‘memakai baju’ Parti Dawa Iraq (bertanggungjawab melakukan serangan pengganas di Iraq, Kuwait, Lubnan dan tempat lain), dan meletakkan anggotanya dalam pejabat tertinggi Iraq.
Perdana Menteri Iraq sekarang, Haider Al-Abadi dan pemimpin terdahulu, Nouri Al-Maliki berasal daripada parti yang sama ditaja Tehran.
Sebelum 2003, hanya sedikit yang mengetahui perbezaan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah, walaupun sesetengahnya tinggal di dunia Arab.
Bagaimanapun, selepas sokongan Iran terhadap sektarianisme berleluasa di Iraq, dan ribuan orang dibunuh kerana memiliki nama Ahli Sunnah atau tinggal di kawasan dianggap suci oleh Syiah Iran, dunia tiba-tiba mula mengaitkan semua keganasan ini dengan peristiwa yang berlaku lebih seribu tahun lalu.
Namun, masalah di Iraq mempunyai lebih banyak kaitan dengan politik, kuasa dan cita-cita Iran, berbanding isu agama.
Tidak puas dengan kuasa baru dan pengaruh yang diperoleh daripada bekas musuh – Iraq – kerajaan Tehran meneruskan kemesraan dengan rejim Syria diterajui keluarga Bashar Al-Assad.
Iran bangkit menyokong pertubuhan Syiah di Lubnan – Hezbollah – yang selalu menyanyi dan menari, kononnya menentang peluasan kuasa Zionis Israel. Realitinya, Israel hanyalah alasan untuk perluasan kuasa Iran itu sendiri melalui proksi pengganas seperti Hezbollah.
Hubungan dan kerjasama strategik dengan rejim Assad menjadi penting apabila tercetusnya Revolusi Syria pada 2011, dan dengan cepat bertukar menjadi ganas selepas rejim Assad mula membunuh orang awam yang tidak berdosa.
Ini termasuk, kanak-kanak seperti Hamza Al-Khateeb, 13 tahun, yang mayatnya diserah kepada keluarganya dalam keadaan cacat pada 2011, di mana kemaluannya dipotong kejam oleh polis rahsia Syiah ‘mukhabarat’, selepas diseksa hingga meninggal dunia.
Syiah Iran segera menempatkan proksinya di belakang kekejaman dilakukan Assad, dan melihat wujudnya peluang keemasan untuk menghapuskan Ahli Sunnah dalam revolusi Syria, dan pada masa sama membuatkan diktator Syria berada dalam keadaan terhutang budi kepada mullah mereka. Sedangkan, tanpa Iran dan Russia, rejim Assad sudah sudah lama runtuh.
Syiah Iran kini berazam untuk menghapuskan musuhnya yang boleh menyekat rancangan dan harapannya untuk membawa masuk revolusi Islam Ayatollah Khomeini, ke dalam negara-negara jirannya. Musuh itu, sudah pastinya, Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mewakili demografi terbesar di rantau ini.
Jika orang Arab Ahli Sunnah ini mengendalikan sendiri takdir mereka, daripada mengadakan hubungan dengan negara Barat yang bertentangan dengan kepentingan rakyat mereka sendiri, Iran tidak mungkin berkuasa sebagaimana sekarang ini.
Syiah Iran menyedari hal ini dan sebab itulah mereka bukan sahaja memusnahkan benteng tamadun Arab Ahli Sunnah, seperti Mosul dan Aleppo, tetapi juga idea dan identiti apa yang dimaksudkan untuk menjadi Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sebahagian besar daripada berjuta-juta pelarian dari Timur Tengah yang membanjiri Eropah dan negara- negara lain di seluruh dunia adalah orang Arab dan Ahli Sunnah Wal Jamaah – ia adalah salah satu kempen mengurangkan penduduk terbesar dalam sejarah manusia.
Lebih kecil, tetapi tidak kurang menakutkan, contohnya di rantau Timur Tengah, (termasuk pembersihan mazhab dan sekatan etnik yang dapat dilihat dengan jelas di tempat-tempat seperti Samarra di Iraq dilakukan Syiah Iran), di mana Ahli Sunnah diarah keluar dalam usaha untuk mewujudkan zon orang Syiah, dan koridor selamat Syiah dari Iran melalui Iraq dan seterusnya ke Syria.
Syiah Iran melakukan semua jenayah terhadap Ahli Sunnah secara langsung menerusi Kor Pengawal Revolusi (IRGC) atau secara tidak langsung melalu banyak proksinya, dan menggunakan militan IS atau Daesh, sebagai pelindung aktiviti mereka.
Dengan mendakwa untuk melawan keganasan, mullah Syiah menjadikan tujuan memulihkan keamanan dan ketenteraman di sesuatu wilayah, yang sekarang ini digunakan oleh imperalis seluruh dunia. Sedangkan sebenarnya mereka merompak kebebasan dan kehidupan rakyat di wilayah berkenaan, seperti di Mosul dan Aleppo.
Cuba tanya orang ramai mengenai AS yang, kononnya ‘berjuang menentang keganasan’ di Iraq dan Afghanistan dan memusnahkan kedua-dua negara itu; atau tanya mengenai Russia, yang mendakwa ‘menentang keganasan’ di Syria, sebaliknya kedua-dua kuasa besar itu membunuh ribuan orang awam Syria, Iraq dan Afghanistan, yang tiada kaitan langsung dengan pengganas atau politik.
Sesungguhnya, Iran dikenal pasti sebagai negara yang mendapat banyak manfaat daripada kewujudan IS atau Daesh, yang mulanya diwujudkan oleh ekstremis Syiah dan kemudian dikuasai ekstremis Ahli Sunnah.
Daesh hanyalah alasan buat Syiah Iran untuk melakukan kerosakan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah. Satu- satunya negara yang tidak pernah diserang oleh IS atau Daesh ialah Iran.
Walaupun, ada keraguan bahawa AS di bawah Donald Trump tidak lama lagi, akan melakukan apa saja bagi mengurangkan dasar Iran mengenai ketenteraan, keraguan juga timbul bahawa mullah-mullah Syiah ini akan mengekalkan dasar imperialisme mereka.
Orang Arab berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah mewakili majoriti penduduk di Timur Tengah. Kemusnahan bandar Ahli Sunnah, seperti Aleppo dan Mosul, tidak mampu memadam Ahli Sunnah daripada muka bumi ini, walaupun rejim Iran berkehendakkannya.
Tidak dapat tidak, Ahli Sunnah Wal Jamaah, akan bersatu kembali untuk menolak ancaman dan pembunuhan oleh Syiah. Apabila masanya tiba – pastinya akan datang – rejim Syiah Iran akan menyesali kerana membuat keputusan untuk bergerak jauh ke barat pergunungan Zagros dan memasuki tanah Ahli Sunnah Wal Jamaah. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my