65,000 Rohingya lari ke Bangladesh, lapor PBB

 

NAYPYIDAW – Sekurang-kurangnya 65,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh minggu lalu, selepas tidak lagi berdaya dengan tindakan keras tentera Myanmar di utara Rakhine.

Angka itu didedahkan wakil hak asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Myanmar, Yanghee Lee, ketika memulakan lawatan 12 hari bagi menyiasat keganasan di kawasan sempadan negara berkenaan.

Beliau berkata, jumlah pelarian meningkat mendadak dari sebelum ini susulan kekejaman yang dilakukan tentera tanpa belas kasihan.

Berdasarkan laporan mingguan Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, sejak seminggu lalu, 22,000 ketibaan baharu dilaporkan menyeberangi sempadan dari Rakhine.

“Sehingga 5 Januari pula, dianggarkan 65,000 orang tinggal di kem berdaftar, penempatan sementara dan masyarakat tempatan di Cox’s Bazaar di selatan Bangladesh,” kata laporan itu.

Difahamkan, perpindahan besar-besaran etnik Rohingya dari utara Rakhine ini bermula selepas tentera Myanmar melancarkan operasi pembersihan ketika memburu penyerang dalam serbuan ke atas pos polis sempadan tiga bulan lalu. -Agensi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts