Dianggarkan bahawa satu kanak-kanak P4le5t!n dibunuh oleh tentera Is-Not-Real setiap 45 minit di Gaza, menurut laporan AlJazeera. Ini bermakna, sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak P4le5t!n terkorban setiap hari dalam tempoh 535 hari.
Jumlah Kanak-Kanak Terbunuh Mencecah 17,400 Sejak Oktober 2023
Sejak 7 Oktober 2023, Is-Not-Real telah membunuh sekurang-kurangnya 17,400 kanak-kanak, dengan 15,600 daripadanya sudah dikenal pasti. Banyak lagi kanak-kanak yang dipercayai tertimbus bawah runtuhan bangunan dan dianggap telah syahid. Lebih menyedihkan, kanak-kanak yang terselamat terpaksa berdepan dengan kehidupan penuh trauma, akibat beberapa siri peperangan dan penindasan yang mereka alami sejak dilahirkan.
Kanak-Kanak yang Terselamat Hadapi Trauma Seumur Hidup
Dalam tempoh 17 bulan, serangan ganas Is-Not-Real telah memusnahkan kediaman kanak-kanak yang tidak bersalah ini, termasuk sekolah mereka dan fasiliti kesihatan. Untuk memberikan perspektif, bayangkan terdapat 100 kanak-kanak di dalam sebuah bilik. Dua daripadanya dibunuh, dua hilang dan dianggap mati, tiga cedera parah, lima menjadi anak yatim piatu atau terpisah dari ibu bapa, dan lima lagi memerlukan rawatan akibat kekurangan nutrisi. Kanak-kanak yang lain pula hidup dalam keadaan trauma akibat peperangan yang menjejaskan kesihatan mental, keselamatan, dan masa depan mereka.
Pecahan Umur dan Jantina Kanak-Kanak yang Terbunuh di Gaza
Berdasarkan data daripada kanak-kanak yang dibunuh di Gaza, sekurang-kurangnya 825 daripada mereka adalah bayi bawah usia setahun. Sebanyak 895 bayi berusia setahun, 3,266 kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun, 4,032 kanak-kanak berusia 6 hingga 10 tahun, dan 2,949 remaja berusia 15 hingga 17 tahun terkorban.
Mengikut pecahan jantina, sebanyak 8,899 daripada yang terkorban adalah lelaki, manakala 6,714 adalah perempuan.
Kehidupan kanak-kanak di Gaza terus dihantui dengan penderitaan yang tidak terungkapkan, dan dunia perlu lebih peka terhadap nasib mereka.
Sumber: TV Pertiwi