Kronologi
Saudara Zaid Zainur Rashid telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Quranis: Antihadis alaf baru’ (https://www.indahnyaislam.my/2017/02/quranis-antihadis-alaf-baru/) yang kemudiannya di balas oleh seorang antihadis bernama Farouk Peru (http://www.mariammokhtar.com/farouk-a-peru-slams-zaid-r-rashids-quranist-alaf-baru/). Artikel ini merupakan bidasan kepada kecelaruan yang ditulis Farouk Peru dalam artikelnya.
Jujur saya lawak dan sedikit terkejut membaca jawapan farouk kepada tulisan saya. Ini jawapan saya :
1. Tiada terma hadis dalam al-Quran
Saya rasa ini hujah paling lawak yang pernah saya jumpa. Saya nak tanya En Farouk, adakah anda jumpa terma “akidah” dalam al-Quran? Adakah encik sudah jumpa terma “tauhid”, yang menjadi tunjang kepada akidah kaum muslimin? Akidah Tauhid yang menjadi penentu kepada keislaman seseorang, terma itu tidak disebutkan dalam al-Quran, pelikkah?
Adakah encik jumpa istilah rasuah, dalam al-Quran? Sudah tentu tidak kerana ia tidak wujud, jika Farouk jumpa istilah itu maka perlu cek kitab mana pula yang anda baca sebenarnya. Jadi kerana istilah itu tidak ada dalam al-Quran maka adakah Islam tidak mengharamkan perbuatan rasuah? Adakah dengan satu-satu terma itu tidak disebut dalam al-Quran maka “yang dimaksudkan” itu tidak wujud dalam al-Quran?
Seriously anda nak guna hujah terma “hadis” tak ada dalam al-Quran untuk menolak keabsahan hadis?
Ini dalil wajib terima hadith: “Dan apa yang Rasul (Shallallahu ‘alaihi wasallam) datangkan kepadamu maka terimalah, dan apa yang dia larangnya bagimu maka tinggalkanlah” (QS. Al-Hasyr : 7)
Hadis adalah istilah bagi segala perbuatan Nabi saw termasuklah larangannya dan saranannya dan diam baginda terhadap sesuatu perkara. Barangkali En Farouk sudah biasa jumpa ayat al-Quran di atas, tapi saya bawakan juga semoga terketuk hati untuk menerima bahawa wajib untuk mentaati segala perkara yang didatangkan Nabi dan menjauhi larangan baginda. Itulah yang dimaksudkan hadis.
2. Penghafalan dan penulisan hadis sudah bermula pada zaman Nabi saw lagi (contoh Abdullah bin Amru, Jabir, mencatat hadis nabi) dan diteruskan ke zaman tabiin dan seterusnya dan penyaringan hadis bermula zaman sahabat lagi (di zaman fitnah, rujuk kata-kata Ibnu Sirrin).
Dan sebenarnya penyampaian melalui lisan adalah metodologi yang diterima selagi penyampai mempunyai autoriti terhadap perkara tersebut. (barangkali en farouk tidak memahami perkara ini).
Sebagai contoh, Nabi saw sendiri telah menyampaikan kalam tuhan melalui lisannya dan hafalannya, dan bukannya melalui “pembukuan” kalam tuhan. Allah taala tidak menurunkan sebuah “buku” kepada Nabi saw untuk diberikan kepada para sahabatnya. Ia adalah melalui periwayatan lisan Nabi saw. Begitu juga contoh zina boleh jatuh dengan 4 orang saksi yang adil, tanpa ada dokumentasi rakaman. Ini adalah sistem penyaksian yang mungkin tidak boleh difahami oleh geng Farouk.
3. Tentang “wujud kontradiksi antara al-Quran dan hadis” juga gagal difahami oleh Farouk kerana Farouk tidak belajar displin ilmu hadis. Tidak ada hadis sahih yang bercanggahan dengan al-Quran kerana jika hadis bercanggahan dengan dalil yang lagi kuat dengannya (al-Quran) maka darjat hadis akan jatuh kepada syaz atau munkar. Jika yang dilihat sebagai bercanggahan (zahir) sebenarnya percanggahan luar yang tidak bercanggahan pada makna. Manakala percanggahan antara al-Quran dan hadis dalam isu kebebasan agama yang diketengahkan itu jelas menunjukkan Farouk tidak habis membaca al-Quran.
Allah taala sendiri berfirman dalam surah at taubah ayat 74
“…Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, dan telah menjadi kafir sesudah Islam dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya, dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan AZAB YANG PEDIH DI DUNIA dan akhirat; dan mereka sekali-kali tidaklah mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di muka bumi.”
Nampaknya jika orang Islam menjadi kafir dan berpaling dari taubat maka Allah menetapkan “azab yang pedih di dunia”, jadi mana kebebasan penuh yang Farouk dakwa? Azab yang pedih di sini adalah merujuk kepada hukum bunuh seperti yang disebutkan dalam hadis.
Namun Farouk akan menolak perkara itu kerana ia adalah “tafsiran nabi” sahaja, sepertimana macam biasa dia bersikap sinis terhadap “ritual” solat yang tidak pernah diajar dalam al-Quran kerana al-Quran hanya menyebut “solat” sahaja dan bukan “ritual meletakkan dahi di tanah” seperti yang dilakukan oleh nabi kita Muhammad saw.
Dan surah al-Anfal ayat 38-39:
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu, “Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu; dan JIKA MEREKA KEMBALI LAGI, sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunnah (Allah terhadap) orang-orang dahulu. | DAN PERANGILAH MEREKA, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), maka sesungguh¬nya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.”
Bagaimana pula Farouk mahu mentafsirkan ayat ini?
Adakah Farouk mahu membuat tafsiran sendiri atau mengikut kepada penerangan yang Nabi saw telah sampaikan?
4. Betul, anda boleh kritik metodologi Bukhari. Tetapi anda perlu ada ilmu dirayah. (Adakah anda tahu ilmu dirayah?)
Jika anda mempunyai ilmu dirayah, saya tertunggu-tunggu tulisan anda mengkritik metodologi Bukhari dan mengemukakan kesalahan-kesalahan methodnya dalam mengambil hadis.
Kemukakan kesalahan beliau dalam menilai hadis, menilai rijal hadis dan jalan periwayatan, satu-persatu, sepertimana yang dilakukan oleh “ulama sunni” dan kita akan nilai “kritikan” yang dibawa oleh En Farouk.
Kerana setakat ini tidak ada daripada En Farouk kritikan terhadap metodologi Bukhari dalam pengumpulan hadis, En Farouk hanya melontar sangkaan-sangkaan kosong seperti “pengumpulan ini 250 tahun selepas kewafatan” atau “hanya 1 peratus daripada 600,000 hadis sahaja dimasukkan dalam buku sahih albukhari”, ini semua bukan kritikan, ini adalah lontaran-lontaran sangkaan, prejudis kerana diri sendiri yang GAGAL memahami dan menerima realiti sejarah yang sudah benar-benar berlaku. (untuk makluman pembaca 600,000 adalah hadis dengan jalan periwayatan berbeza namun matannya boleh jadi berulang)
5. En Farouk telah kongsi pautan “hujah”nya terhadap fatwa pindah solat Jumaat ke hari Sabtu. Saya jujurnya tak tahu nak gelak atau apa. Tapi memang saya ketawa sendiri di hadapan laptop. Biar betul pakcik?
Setiap ilmu ada disiplinnya. Setiap perkara ada pengkhususannya. Kalau cari MH370 perlu guna alat dan kemahiran yang betul dan bukan buluh dan kelapa (kalau Farouk tahu kes bomoh 1msia), kalau mahu bersalin dan membesarkan anak dan merawat pesakit perlu ikut tatacara rawatan yang betul dan bukan dan kalau mahu jimat minyak mungkin boleh pakai kereta hybrid atau tutup aircond dan bukannya guna kad jimat minyak mahupun minyak bacaan 30 juzu..
Begitu juga kalau mahu menyelesaikan masalah fiqah perlulah menggunakan alatnya iaitu usul fiqah dan bukannya kesombongan.
Ayat yang saya bawa memang jelas menunjukkan kewajipan solat jumaat, dan walaupun perkataan “jumu’ah” berasal daripada jama’a yang membawa maksud berkumpul namun “jumu’ah” telah menjadi nama khas bagi hari keenam dalam minggu. (Dan kalimah yang merujuk hari sabtu, “sabt” tidak membawa kepada tujuh seperti yang didakwa farouk. Kalau ya, mungkin dia boleh terangkan kepada kita semua dari mana asal-usul itu kerana dalam bahasa arab tujuh adalah sab’a dan bukan sabt).
Hari itu memang telah dipilih kerana memang hari itulah yang disebut dalam hadis dengan pelbagai fadhilat (Nabi Adam as dicipta, dan lain lain) berbanding hari-hari lain dalam minggu.
Qias harus pindah solat Jumaat kepada keharusan berbuka dan qadha’ puasa di negara barat seperti Finland yang siangnya sangat panjang sehingga mencecah lebih 20 jam adalah qias yang sangat jauh tersasar. Keharusan berbuka puasa jika tidak mampu, di negara seperti Finland tahun lepas, mempunyai illah yang sama dengan hukum puasa bagi orang musafir atau orang sakit yang diterangkan oleh Allah, harus berbuka, illahnya adalah kerana memudharatkan diri.
Dimanakah kesamaan illah antara pindah solat jumaat dan harus berbuka puasa? Pada memudharatkan badan? Solat Jumaat tidak memudharatkan badan. Jika benar memudharatkan, maka gantinya adalah wajib dirikan solat zohor secara sendirian, bukannya pindah buat solat jumaat pada keesokan harinya!
Allah taala menerangkan wajib qadha’ puasa.
Jadi asas qadha’ puasa telah terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Atas asas apa pula solat jumaat didirikan di hari sabtu?
Farouk mahu mereka-reka agama sendiri atau apa?
Melihat kesungguhan En Farouk menerangkan logic jumaat ini, saya teringat kisah iblis yang menerangkan mahu menerangkan rasionalnya yang kelihatan seolah-olah benar di hadapan Allah taala. Ya, seolah-olah benar, kerana api lebih cantik, kelihatan gah dan memang kuat berbanding dengan tanah lumpur. Dia cuba kelebihan dirinya berbanding nabi adam as dengan kelebihan api berbanding tanah.
Tetapi silapnya qiyas dan rasional adalah hanya pada perkara yang tidak ada nas dan malah jika bertentangan dengan nas maka sudah tentu ia ditolak serta merta.
Tidak ada pendapat, qiyas, atau rasional pada perkara yang telah Allah tetapkan. Apabila Allah turunkan perintah, wajib taat, dan rasional serta hikmah datang kemudian.
Allah taala telah mengarahkan iblis untuk sujud kepada adam, itulah arahannya. Tetapi Iblis fikir dia lebih pandai dari Tuhan, lalu dia enggan, akbiatnya dia dilaknat sehingga ke hari kiamat.
Allah taala telah tetapkan ke atas para manusia kewajipan taat Rasul, wajib solat jumaat, saya harap Farouk boleh taat perintah Allah taala ini untuk elak daripada menerima akibat yang telah diterima oleh Iblis laknatullah alaih, laknat sehingga hari kiamat dan azab di hari akhirat.
Penutup :
“Sesungguhnya mereka yang ingkar kepada Allah dan rasul-rasulNya dan HENDAK MEMISAHKAN di antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasulNya, dan berkata bahawa kami beriman dengan sebahagian (dari ajaran agama) dan ingkar pada sebahagian (yang lain) dan hendak mengambil jalan tengah di antara perkara itu (iman dan ingkar).
Merekalah orang orang kafir yang sebenar. Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.
Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya dan tidak membezakan seorang pun dari mereka, itulah yang kelak Allah akan berikan ganjaran kepada mereka, dan Allah sungguh Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – An-Nisa’
Zaid Zainur Rashid
Pelajar Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar
www.indahnyaislam.my